"OrangPadi" tidak bertanggungjawab keatas pembaca yang mungkin akan mengalami tekanan jiwa, masalah mental, penyakit ulu hati, barah otak, sindrom down, kuku tercabut, gigi berkulat serta apa juga masalah-masalah yg bakal pembaca hadapi melalui blog ini.

18 June 2012

Pin It

Posted by Unknown | 0 Comments

Mahasewel Haziq akan diambil tindakan !!!


Mahasiswa Johor mendesak agar pentadbiran Universiti Malaya (UM) memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang mahasiswa UM yang membuat kenyataan di laman twiter peribadinya yang begitu menghina DYMM Sultan Johor.

Perkara ini terus mendapat kecaman dan ketidakpuasan hati masih lagi dizahirkan oleh majoriti Mahasiswa/Rakyat Johor. Kenyataan provokasi 'mahasewel' ini di laman sosial tersebut dilihat sebagai satu hasutan kepada pihak awam agar menentang sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

Kami seluruh Mahasiswa Johor mendesak Haziq Abdullah bin Abdul Aziz memohon maaf kerana kenyataannya yang sungguh biadap. Dan saya secara peribadi mendesak agar dia di BUANG NEGARA !!!

Laporan identiti dan kebiaDAPan Haziq [ DISINI ]



















PASIR GUDANG - Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan kepada Universiti Malaya untuk mengambil tindakan terhadap pelajarnya yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau difahamkan pelajar itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, kini digantung pengajian kerana terlibat dalam Demonstrasi Mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) pada 14 April lepas.

"Sebagai pelajar, dia patut sensitif dan patut tahu suasana persekitaran negara dan sebagainya... terpulang kepada universiti (untuk ambil tindakan)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang Notis 5A kepada 75 penduduk Kampung Pasir Gudang Baru di sini hari ini.

Haziq dipercayai mempertikai tindakan Sultan Johor, yang murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berhubung isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1, di laman sosial Twitter miliknya pada 15 Jun lepas. Pengajian pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Undang-undang itu digantung selama satu semester mulai September ini. - Bernama

0 Comments:

"orangpadi" tidak akan bertanggungjawab keatas pengomenan anda jika ianya akan dijadikan sebagai satu bahan makian, ketawaan,saki hatian atau bahan buktian.