"OrangPadi" tidak bertanggungjawab keatas pembaca yang mungkin akan mengalami tekanan jiwa, masalah mental, penyakit ulu hati, barah otak, sindrom down, kuku tercabut, gigi berkulat serta apa juga masalah-masalah yg bakal pembaca hadapi melalui blog ini.

17 June 2012

Pin It

Posted by Unknown | 0 Comments

Alhamdulillah Malaysia Masih Aman


Malaysia Negara Ke-20 Aman di Dunia

Institut Ekonomi dan Keamanan telah mengeluarkan Indeks Keamanan Global (GPI) yang melibatkan 158 buah negara pada minggu lalu.

Indeks itu dikeluarkan pada setiap tahun berdasarkan tahap keamanan setiap negara. Sebagai rekod, tahap keamanan dan keselamatan dunia meningkat pada tahap tertinggi sejak tahun 2009. Selain itu, negara-negara Afrika tidak lagi menjadi negara yang dipandang sebagai ‘kawasan tidak selamat’.

Namun perubahan positif itu tidak berlaku pada Amerika Syarikat apabila negara itu jatuh ke tangga 88 di bawah Serbia, Ghana dan Zambia.

Pada masa yang sama, Malaysia pula berada di tempat yang ke 20 mengatasi Singapura dan Australia.

Penilaian dan penentuan daripada GPI dikira berdasarkan 23 petunjuk indikator kualitatif dan kuantitatif.

Ia juga ditentukan oleh beberapa faktor seperti indeks petunjukkan tahap konflik dalaman negara, perpaduan bersepadu penduduk, kecekapan dan ketelusan kerajaan, integrasi serantau, kualiti dan tahap pendidikan, tahap rasuah, kebebasan media serta menghormati hak asasi manusia.

Berikut adalah 10 negara teratas di dalam senarai Indeks Keamanan Global (GPI):
1. Iceland
2. Denmark
3. New Zealand
4. Canada
5. Japan
6. Austria
7. Ireland
8. Slovenia
9. Finland
10. Switzerland

Sumber - Mynewshub

0 Comments:

"orangpadi" tidak akan bertanggungjawab keatas pengomenan anda jika ianya akan dijadikan sebagai satu bahan makian, ketawaan,saki hatian atau bahan buktian.