"OrangPadi" tidak bertanggungjawab keatas pembaca yang mungkin akan mengalami tekanan jiwa, masalah mental, penyakit ulu hati, barah otak, sindrom down, kuku tercabut, gigi berkulat serta apa juga masalah-masalah yg bakal pembaca hadapi melalui blog ini.

10 June 2012

Pin It

Posted by Unknown | 0 Comments

Biseksual : Nalla Tunggu Jawapan Anwar Berahi'm


Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan masih menunggu jawapan pernyataan pembelaan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkannya pada Mac lepas.


Nalla seperti dilaporkan Utusan Malaysia melahirkan rasa pelik mengapa Ketua Pembangkang itu sehingga kini masih belum menyatakan sebarang jawapan berkaitan perkara tersebut.


“Saya sungguh hairan mengapa Anwar masih belum memberi sebarang kata putus, saya masih lagi ternanti-nanti pernyataan pembelaan ini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian baru Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) di sini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberi tempoh sehingga 20 Jun ini untuk Anwar menjawab pernyataan pembelaan Nallakaruppan.


Pada 6 Jun, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan peguam Anwar, Mohd Afiq Mohd Noor yang memohon tempoh selama dua minggu untuk menjawab pernyataan tersebut.


Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nalla, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung satu kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac bertajuk “Nallakarupan tuduh Anwar biseksual”.


Nalla melalui peguamnya, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah pada 28 Mac berkata pihaknya bersedia membela diri mengunakan kaedah pembelaan justifikasi atau pembelaan kebenaran.


Pembelaan justifikasi bermaksud apa yang dipetik oleh Utusan Malaysia, 20 Mac yang mendakwa Anwar sebagai ‘seorang biseksual’ adalah benar dan Nalla bersedia untuk mengemukakan bukti-bukti untuk mengesahkan kebenaran dakwaannya.


“Datuk Nalla ini akan bercerita dari ‘horse’s mouth‘ (iaitu satu sumber maklumat yang dianggap sebagai asal atau yang tidak dapat disangsi)…beliau ada di mana-mana tempat (bersama-sama Anwar), bukan satu, dua tempat,” kata peguam Nalla, Shafee.


AIDCNews pada 02 Jun mendedahkan satu kenyataan pembelaan Nalla yang ditandatangani firma guaman Messrs Shafee & Co bertarikh 23 Mei yang mengemukakan bukti-bukti kebenaran dakwaan anak guamnya itu.


Dalam kenyataan itu, Nalla berkata kesnya ini bukan satu perkara baru, malah sudah termaktub di mahkamah, buktinya dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v Tun Dr Mahathir Mohamad.


Dalam kes itu Dr Mahathir telah disaman Anwar 100 juta kerana bekas Perdana Menteri itu menuduh Ketua Umum PKR itu sebagai seorang Gay semasa sesi soal jawab bersama wartawan selepas program “Human Rights and Globalisation” anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005.


Menurut Dr Mahathir, Anwar Ibrahim adalah seorang homoseks, maka beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Dr Mahathir melalui firma guamannya, VK Lingam & Co juga membela diri menggunakan kaedah justifikasi dengan mengemukakan bukti pengakuan dan hukuman mahkamah yang telah dikenakan ke atas Munawar Ahmad Anes dan Sukma Darmawan Saasmitaat Madja, Keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000 yang memutuskan Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan bersalah meliwat Azizan Abu Bakar dan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004, yang memutuskan ketiga-tiga hakim yang mendengar rayuan bersepakat bersetuju Anwar, Sukma dan Azizan melakukan aktiviti homoseksual di Tivoli Villa, walaupun Mahkamah Persekutuan melepas dan membebaskan pelaku aktiviti homoseks itu.


Dalam kes saman 100 juta terhadap Dr Mahathir itu, Anwar telah kalah apabila Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar yang tidak lengkap.


Keputusan Mahkamah Persekutuan itu dibuat pada 24 November 2010 oleh persidangan tiga hakim, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar yang turut mengarahkan Anwar membayar kos kepada Dr Mahathir sebanyak RM70,000.


Dalam kes saman biseksual, Nalla mengemukakan bukti-bukti yang melibatkan lelaki dan wanita.


Untuk hubungan seks Anwar dengan lelaki, Nalla menamakan Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Hairany Mat Nafees dan Rashid.


Manakala untuk hubungan seks Anwar dengan wanita, Nalla menamakan Shamsidar Taharin, Norlaila Abdul Majid dan Soma Rodrigo.


"Sumber"

Berikut adalah kenyataan lengkap.....

1
2
3
4
5
6
     
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72

0 Comments:

"orangpadi" tidak akan bertanggungjawab keatas pengomenan anda jika ianya akan dijadikan sebagai satu bahan makian, ketawaan,saki hatian atau bahan buktian.