"OrangPadi" tidak bertanggungjawab keatas pembaca yang mungkin akan mengalami tekanan jiwa, masalah mental, penyakit ulu hati, barah otak, sindrom down, kuku tercabut, gigi berkulat serta apa juga masalah-masalah yg bakal pembaca hadapi melalui blog ini.

13 September 2012

Pin It

Posted by Unknown | 0 Comments

[Video] Rasulullah S.A.W sokong Anwar Ibrahim? Bukti?


…Khatib hendak berkongsi satu mimpi yang telah dimimpikan oleh Mursyidul Am Ikhwanul dan beberapa Tok Guru di kalangan ulama Ikhwanul Muslimin di Mesir Mereka telah bermimpi bertemu dengan Baginda Rasulullah SAW… 
Rasulullah SAW sebut… Islam akan menang di ASEAN ini… Mereka tanya kepada Rasulullah SAW…Islam akan menang di ASEAN itu di mana? Kata Nabi SAW, Islam akan menang di Malaysia… Mereka tanya lagi..Islam akan menang di zaman siapa? Dijawab oleh Nabi SAW kata Baginda Rasulullah SAW.. 
Islam akan menang di zaman… ANWAR IBRAHIM..!!!
Anwar Ibrahim..??? Biar betul? Benarkah cerita khatib yang diimport dari luar qariah tersebut? Pemimpin Ikhwanul Muslimin mana yang bermimpi begitu? Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin? Siapa namanya? Boleh saya tahu..?
Kalau benarlah cerita tersebut, sila berikan nama pemimpin Ikhwanul Muslimin itu. Saya akan usahakan dengan rakan-rakan untuk mendapatkan pengesahan dari pemimpin tersebut. Ingat mereka saja ke yang kenal pemimpin Ikhwanul Muslimin? Heh!
Saya tertanya-tanya, siapakah khatib tersebut sehingga tergamak berceramah politik ketika menyampaikan khutbah Jumaat? Lepas tu siap promote nama Anwar Ibrahim dan dikaitkan dengan Rasulullah SAW..? Sahihkah cerita tersebut sehingga diceritakan dalam khutbah Jumaat? Saya tidak rasa cerita “khatib” jemputan itu benar. Penipu besar..!!!
Saya harap rakyat Malaysia dari Perlis hinggalah ke Sabah bangkit untuk membuat laporan polis terhadap cerita khutbah “khatib” tidak bertauliah itu segera. Majlis Agama Islam Kedah mungkin sudah “dibomoh” PAS Kedah untuk “tidur lena” di pejabat mereka… Rakaman video ini tidak akan habis di sini saja dan pastikan anda semua terus mengikuti perkembangan kes ini kerana rakaman audio khutbah itu masih panjang lagi untuk didedahkan..!!! [Sumber]

0 Comments:

"orangpadi" tidak akan bertanggungjawab keatas pengomenan anda jika ianya akan dijadikan sebagai satu bahan makian, ketawaan,saki hatian atau bahan buktian.