ANWAR BADUT YANG GILA SEX!! HIDUP DIPENUHI LENDIR SENDIRI!!
Pada Ahad lepas, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang
masih juga tidak serik mendendangkan janji pendidikan percuma, tentu saja ramai
yang ketawa berdekah mendengar propaganda tersebut.
Dalam ceramahnya di Stadium Kajang itu, katanya pakatan
pembangkang optimis untuk menyediakan pendidikan percuma dan PTPTN tetap akan
dimansuhkan.
Menurutnya, dengan cuma RM5 bilion setahun tanggungan untuk
pendidikan percuma, bukan satu masalah kerana kos itu nanti boleh diambil dari
hasil keuntungan jualan minyak negara yang berjumlah RM80 bilion.
Nampak mudah dan ringkas penyelesaiannya, seolah-olah segala
hasil minyak itu akan kekal selamanya manakala sektor lain seperti kesihatan,
pertahanan, pengurusan, bayaran pencen, kos subsidi dan lain-lain tidak
memerlukan perbelanjaan.
Pada minggu lepas, kita dipertontonkan dengan aksi kalut
malut menyelubungi kem pakatan pembangkang gara-gara langlah pembekuan
sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL milik kerajaan negeri Selangor.
Paling penting, dalam tempoh pembekuan sementara itu kita
berpeluang melihat model pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama
ini rupanya berkonsepkan gadai dan jual aset milik universiti.
Penyelesaian mudah ala korporat keparat yang jika menjadi
budaya dalam urus tadbir kerajaan tentunya bakal melingkupkan semua harta benda
rakyat, negeri dan negara.
Itu baru melibatkan keperluan menanggung sebuah IPT dan
jumlah pelajar yang terlibat pula cuma 1000 orang. Jika semuanya mengambil
pengajian ijazah, bermakna sejumlah RM7 juta setahun sahaja diperlukan untuk
menampung seribu orang pelajar tersebut.
Tapi dek kerana ura-ura menyediakan pendidikan percuma
hanyalah propaganda politik semata-mata, mereka hilang punca untuk
mempraktikkan janji tersebut. Yang terlintas di kepala mereka jual dan gadai
tanah.
RM5 bilion seakan dipandang sebelah mata oleh Anwar tapi RM7
juta setahun untuk UNISEL pun sampai timbul ura-ura bergolok gadai tanah. Haru.
Jika angka sekecil RM7 juta setahun pun tidak mampu
ditanggung sekalipun dikatakan kantung kerajaan negeri memiliki aliran tunai
RM1.8 bilion, sebaliknya tanah milik universiti juga yang mahu dijual.
Bukankkah lawak namanya bila begitu yakin Anwar mahu
menyelesaikan kos tanggungan yang lebih besar sehingga mencecah RM berbilion
setahun?
Tidak syak lagi dengan sikapnya yang bermuka tebal dan gemar
menabur janji tanpa mengukur baju di badan sendiri, Anwar layak digelar sebagai
satu-satunya politikus yang memiliki pakej yang lengkap untuk dianugerahkan
sebagai pelawak politik tanahair.
Barangkali untuk sekurang-kurangnya 100 tahun akan
mendatang, Anwar Ibrahim akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pelawak
politik paling tersohor yang sukar dicari ganti.
Umpilan tanpa ubah dari Jawa Bernam. tq
0 Comments:
"orangpadi" tidak akan bertanggungjawab keatas pengomenan anda jika ianya akan dijadikan sebagai satu bahan makian, ketawaan,saki hatian atau bahan buktian.