"OrangPadi" tidak bertanggungjawab keatas pembaca yang mungkin akan mengalami tekanan jiwa, masalah mental, penyakit ulu hati, barah otak, sindrom down, kuku tercabut, gigi berkulat serta apa juga masalah-masalah yg bakal pembaca hadapi melalui blog ini.

10 June 2012

Pin It

Posted by Unknown | 0 Comments

Malu tiada kehadiran, Anwar macam kehilangan modal nak cakap



Anwar datang ke jeli Kelantan untuk suatu Majlis PKR bersama Anwar di Kuala Balah Jeli. Majlis ternyata hambar kerana majlis bicara petang itu hanya dihadhiri oleh lenbih kurang 100 orang saja.

Ternyata pada permulaan ucapannya, Anwar tidak bersemangat dan bunyi meminta simpati. Teruk sekali bunyinya dia menyatakan dia tidak dapat hadhir sebelum ini. Padahal tak ramai orang lalu dia saja tinggalkan tempat ini. Kali kedua pun tidak bertambah baik.

Semasa di sampai ke Jeli, hanya beberapa orang saja AMK yang menyambutnya pada lebih kurang 4:30 petang. Dia berehat di rumah ayah Hj Fendi- YDP PAS Kawasan.


Anwar kata semasa di Johor, Pemuda UMNO baling batu. Tak mahu pula dia kata dia memang sengaja mahu orang balik batu untuk dia keliahatan dianiayainya. Itu yang dia kantoi di Lembah Pantai menggunakan taktik reverse psychology tak menjadi.

Dia menyatakan dia dicerca hampir tiap-tiap hari di TV. Sekejap cerita dia balun jantan, sekejap balun betina, dan digelar Yahudi dan Hindu, dan lain-lain.

Anwar cuba memutarbelit mengutuk UMNO sebagai tidak berakhlak dan suka cerca orang lain. Rasulullah adalah contoh terbaik sebab akhlak yang terpuji.

Tak lama selepas dia menyebut dia mula membuat fitnah yang kini isu itu tidak dijuarainya tetapi dijuarai oleh SUARAM. Anwar kata satu dunia tahu bahawa komisen kapal selam adalah 500 juta.

Dari 2007 di PRK Ijok dia sebut benda itu, dan akan dedahkan dokumen, mana dia dokumen?

Anwar meniumbulkan isu Menteri UMNO curi lembu dapat RM250juta dan anak Shahrizat yang berumur 24 tahun kerja dengan NFC dengan gaji RM30 ribu sebulan. Isu yang mana Shahrizat sudah undur pun diputarbelit faktanya.

Mana pulak Menteri curi lembu RM250 juta? Saja putarbelit ... samankan, mintak tundakan tarikh!

Macam dah tak ada modal nak cakap, dia bergurau dengan menghina Najib sebagai Menteri Wanita.

Baru Anwar meluahkan hasrat untuk memenangi PRU akan datang dan jadi Perdana Menteri. Katanya PR boleh menang kawasan paling lul di Sarawak dan juga Kelantan, maka dia yakin akan kemenangannya.

Kalau menang PRU13, dia masih lagi menjanjikan akan turunkan harga minyak dalam masa 24 jam. Kali ini tiada pula 50 sen disebut. Minyak naik atau turun di antarabangsa, dia hanya janji akan turun 5o sen dahulu.

DIa menuduh pelbagai usaha UMNO tak dirasai tetapi membeban rakyat termasuk pencen dan lain-lain. PTPTN diperuntukkan hanya RM5 billion stahun sedangkan minyak untung RM80 setahun. Betulkah angka yang Anwar kata? Adakah gila untuk peruntukan semua keuntungan minyak kepada PTPTN?!

Anwar berjanji jika dia jadi PM, dia akan tadbir dengan baik dan sepatutny ajanji tidak menyebabkan rugi forex RM30 billion.

Dia berjanji tidak akan zalimi rakyat. Macam dizalimi Ummi Hafilda, Azizan Abdul Razak, Dr Ristina dan Saiful bahari dan lain-lain ke?

Kemudian berbalik semuila kepada isu minyak dan PTPTN balik. Kenapa isu PTPTN tidak boleh dimansuhkan? Katanya tidak guna kenakan tekanan padanya, telanjangkannya sbb masalah PTPTN tidak akan selesai. Siapalah beri tekanan kepadanya pasal isu PTPTN?

Kata Anwar isu PTPTN dan minyak adalah isu negara bukan isu negeri. Dia maki bodoh punya UMNO! Sahlah dia kehabisan modal dah. Sampai perlu maki hamun???

Sebenarnya dia hanya nak jadi PM. Dia kata negara lain dah tular pemimpin, Malaysia saja yang belum. Eh? Malaysia dan UMNO dah tukat PM banyak kali. PKR tak tukar, DAP tak tukar dan PAS masih Nik Aziz.

Ketika Majlis itu, Presiden AKIM, Haji Hanafi diumumkan masuk PKR. Bertambahlah cacamarba PKR dengan pelbagai jenis manusia dan ideologi yang menjadikan PKR parti yang akan sentiasa huru hara dan memabwa huru hara.


0 Comments:

"orangpadi" tidak akan bertanggungjawab keatas pengomenan anda jika ianya akan dijadikan sebagai satu bahan makian, ketawaan,saki hatian atau bahan buktian.