"OrangPadi" tidak bertanggungjawab keatas pembaca yang mungkin akan mengalami tekanan jiwa, masalah mental, penyakit ulu hati, barah otak, sindrom down, kuku tercabut, gigi berkulat serta apa juga masalah-masalah yg bakal pembaca hadapi melalui blog ini.

13 June 2012

Pin It

Posted by Unknown | 0 Comments

Akaun Rahsia: Anwar Guna Alasan Bodoh Pun Balaci Percaya


SEMUA perlu maklum bahawa Anwar Ibrahim adalah psikopat dalam kelasnya yang tersendiri.  Dia adalah psikopat dari segi mempengaruhi orang untuk menjadi bodoh, bertindak bodoh dan bodoh atas apa yang paling bodoh.  Itu Anwar.

Setaraf Anwar dengan keupayaan yang sama adalah Charles Manson, Jim Jones dan Marshal Applewhite.  Kesemua ini adalah pemimpin kultus ajaran sesat yang boleh mempengaruhi berpuluh kalau tak beratus orang untuk mati bagi pihak diri masing-masing.

Yang berbeza disini, belum ada yang berani untuk mati dengan Anwar lagi.  Tapi dari segi mengangguk apa pun yang keluar dari mulut Anwar, itu dah ramai dan bersepah untuk dijadikan contoh.

Mukadimah panjang  lebar penulis ini adalah untuk disesuaikan dengan perkembangan terbaru mengenai kes akaun rahsia bernilai RM 3 billion ini, dimana Anwar mengatakan dia tidak bersalah berpandukan kepada  Akuan Bersumpah oleh bekas Pengarah Siasatan BPR Abdul Razak Idris yang menyatakan siasatan bagi kes berkenaan ditutup kerana tiada kes.

Sedangkan kita tahu Ketua Pengarah BPR pun tidak boleh tutup kes apatah lagi seorang Pengarah Siasatan yang namanya baru kita dengar hari ini, kebetulan dengan meletupnya semula soal akaun rahsia ini.

Boleh rujuk Malaysiakini kalau nak lebih jelas.

Pelik dan keliru, bagaimana dalam masa sama rakyat tahu (berdasarkan dokumen yang didedahkan Raja Petra Kamarudin – RPK) Anwar mengawal dan boleh mengarah BPR mengikut kehendak hatinya dalam kes siasatan harta Azmin Ali, dia boleh lagi menggunakan Akuan Bersumpah bekas Pengarah Siasatan BPR ini untuk mempertahankan dirinya.

Mamat tu pun bersekongkol dengan kau, kau guna dia untuk mempertahankan kau balik?  Apa bendanya ni?  Lagipun, kalau bekas ketua pendakwaan kes liwatnya pun boleh dipujuk untuk menyertai pasukan pembelaannya, apalah sangat bekas Pengarah Siasatan BPR ye tak?

Lagi satu, kalau beberapa helai kertas Akuan Bersumpah bekas pegawai BPR itu cukup untuk mengatakan Anwar tidak bersalah, maka kita tutup Mahkamah, pecat Hakim dan bubar Majlis Peguam, cukup dengan bergantung kepada Akuan Bersumpah semata-mata.

Sekadar menggambarkan betapa lemahnya alasan digunakan Anwar untuk mempertahankan diri.

Tapi yang penulis lihat tidak menyempat-nyempat laporan berita Malaysiakini itu dipetik dan dijadikan bukti oleh macai Pakatan haram untuk mengatakan Anwar tidak bersalah.  Tak ada langsung ruang masa untuk menyiasat sama ada dakwaan Anwar itu boleh pakai ke tidak.

Alasan untuk berasa ragu-ragu dengan dakwaan Anwar itu ada.  Sebab yang buat Akuan Bersumpah tentang akaun RM 3 billion orang lain, kenapa orang lain yang perlu buat satu lagi Akuan Bersumpah menafikan dia terlibat?  Pulak tu, nama Abdul Razak Idris baru sekarang ini sahaja timbul.  Ibarat pelakon pentas yang menunggu giliran babak masing-masing untuk kedepan, berlakon.

Itu logik yang pertama.

Logik yang kedua, akuan bersumpah atau tidak, yang penting asas kepada tuduhan itu perlu disiasat.  BPR pun tahu duit itu ada, cuma tak dapat dipastikan dari mana asalnya.  Dan kita semua tahu Anwar bukan sebodoh itu untuk letak namanya kepada semua transaksi terlibat, tentulah ada cara yang digunakannya untuk menutup jejak.

Penulis gesa, Anwar biar saja SPRM menyiasat.  Dia nak masuk campur di peringkat ini buat apa?  Dia siapapun nak campur tangan?  Setakat nak buat kecoh bolehlah.  Peguam yang selalu tolong putar belitkan untuk Anwar pun sedang terlantar, dengar cerita ada masalah kesihatan berkaitan mental.
Ini semua hukuman tuhanlah, sebab membela syaitan in the making macam Anwar.  Nik Aziz dan Hadi Awang menunggu giliran.

Umpilan tanpa ubah dari mykmu

0 Comments:

"orangpadi" tidak akan bertanggungjawab keatas pengomenan anda jika ianya akan dijadikan sebagai satu bahan makian, ketawaan,saki hatian atau bahan buktian.