Surah Al-A'raf & terjemahan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
المص (١)
1. Alif, Laam, Miim, Saad.
كِتَابٌ
أُنْزِلَ إِلَيْكَ فَلا يَكُنْ فِي صَدْرِكَ حَرَجٌ مِنْهُ لِتُنْذِرَ بِهِ وَذِكْرَى
لِلْمُؤْمِنِينَ (٢)
2. (Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang diturunkan
kepadamu (Wahai Muhammad dari Tuhanmu). oleh itu, janganlah ada perasaan
bimbang Dalam dadamu mengenainya, supaya Engkau memberi amaran Dengan Al-Quran
itu (kepada orang-orang Yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi
orang-orang Yang beriman.
اتَّبِعُوا
مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ وَلا تَتَّبِعُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ
قَلِيلا مَا تَذَكَّرُونَ (٣)
3. (Katakanlah kepada mereka Wahai Muhammad):
"Turutlah apa Yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan
janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin Yang lain dari Allah; (tetapi sayang)
amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
وَكَمْ
مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا فَجَاءَهَا بَأْسُنَا بَيَاتًا أَوْ هُمْ قَائِلُونَ
(٤)
4. dan berapa banyak negeri Yang Kami binasakan,
Iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika
mereka berehat pada tengah hari.
فَمَا
كَانَ دَعْوَاهُمْ إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا إِلا أَنْ قَالُوا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ
(٥)
5. maka tidak ada Yang mereka katakan ketika
datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata:
"Sebenarnya Kami adalah orang-orang Yang zalim".
فَلَنَسْأَلَنَّ
الَّذِينَ أُرْسِلَ إِلَيْهِمْ وَلَنَسْأَلَنَّ الْمُرْسَلِينَ (٦)
6. maka Sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal
umat-umat Yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan Sesungguhnya
Kami akan menyoal juga Rasul-rasul itu.
فَلَنَقُصَّنَّ
عَلَيْهِمْ بِعِلْمٍ وَمَا كُنَّا غَائِبِينَ (٧)
7. kemudian Sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada
mereka (Rasul-rasul dan umat-umatnya), Dengan (berdasarkan) pengetahuan (yang
meliputi akan apa Yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami tidak sekali-kali
ghaib (bahkan sentiasa Mendengar, melihat dan mengetahui akan hal ehwal
mereka).
وَالْوَزْنُ
يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
(٨)
8. dan timbangan amal pada hari itu adalah benar;
maka sesiapa Yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah
orang-orang Yang berjaya.
وَمَنْ
خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ بِمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا
يَظْلِمُونَ (٩)
9. dan sesiapa Yang ringan timbangan amalnya (yang
baik), maka mereka itulah orang-orang Yang merugikan dirinya sendiri, Dengan
sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada
bukan tempatnya).
وَلَقَدْ
مَكَّنَّاكُمْ فِي الأرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ قَلِيلا مَا تَشْكُرُونَ
(١٠)
10. dan Sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu
(dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai
jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu
bersyukur.
وَلَقَدْ
خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ
فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ (١١)
11. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu,
lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada
malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud
melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk Dalam golongan Yang sujud.
قَالَ
مَا مَنَعَكَ أَلا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي
مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ (١٢)
12. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya
Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab:
"Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api
sedang Dia Engkau jadikan dari tanah."
قَالَ
فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ
الصَّاغِرِينَ (١٣)
13. Allah berfirman: "Turunlah Engkau dari
syurga ini, kerana tidak patut Engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab
itu keluarlah, Sesungguhnya Engkau dari golongan Yang hina".
قَالَ
أَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (١٤)
14. Iblis berkata: berilah tempoh kepadaKu hingga
hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
قَالَ
إِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ (١٥)
15. Allah berfirman: "Sesungguhnya Engkau dari
golongan Yang diberi tempoh (ke suatu masa Yang tertentu)".
قَالَ
فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لأقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (١٦)
16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai
Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil
tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;
ثُمَّ
لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ
شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (١٧)
17. "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan
mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri
mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
قَالَ
اخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَدْحُورًا لَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ لأمْلأنَّ جَهَنَّمَ
مِنْكُمْ أَجْمَعِينَ (١٨)
18. Allah berfirman: "Keluarlah Engkau dari
syurga sebagai makhluk Yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di
antara mereka Yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam Dengan
(golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
وَيَا
آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلا تَقْرَبَا
هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ (١٩)
19. "Dan Wahai Adam! Tinggalah Engkau dan
isterimu di Dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa
sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang Yang zalim".
فَوَسْوَسَ
لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآتِهِمَا
وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ
أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ (٢٠)
20. setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan)
kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat
mereka Yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata:
"Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini,
melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari
orang-orang Yang kekal (selama-lamanya di Dalam Syurga)".
وَقَاسَمَهُمَا
إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ (٢١)
21. dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan
berkata): "Sesungguhnya Aku adalah dari mereka Yang memberi nasihat kepada
kamu berdua".
فَدَلاهُمَا
بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ
عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَنْ
تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُلْ لَكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُبِينٌ
(٢٢)
22. Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka
berdua (ke Dalam larangan) Dengan tipu dayanya. setelah mereka memakan (buah)
pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka
mulailah menutupnya Dengan daun-daun (dari) Syurga. serta Tuhan mereka menyeru
mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku
katakan kepada kamu, Bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu Yang nyata?"
قَالا
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ
مِنَ الْخَاسِرِينَ (٢٣)
23. mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami,
Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan
Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang
Yang rugi".
قَالَ
اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ
إِلَى حِينٍ (٢٤)
24. Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya,
Dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya Yang lain, dan bagi
kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke
suatu ketika (mati)".
قَالَ
فِيهَا تَحْيَوْنَ وَفِيهَا تَمُوتُونَ وَمِنْهَا تُخْرَجُونَ (٢٥)
25. Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu
hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan
(dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".
يَا
بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ
التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
(٢٦)
26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan
pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya.
Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya
kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
يَا
بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ
يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ
وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ
لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ (٢٧)
27. Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu
diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu
dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk
memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).
Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu Dengan keadaan Yang kamu tidak
dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu
teman rapat bagi orang-orang Yang tidak beriman.
وَإِذَا
فَعَلُوا فَاحِشَةً قَالُوا وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءَنَا وَاللَّهُ أَمَرَنَا بِهَا
قُلْ إِنَّ اللَّهَ لا يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لا
تَعْلَمُونَ (٢٨)
28. dan (orang-orang Yang tidak beriman itu)
apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan Yang keji, mereka berkata:
"Kami dapati datuk nenek Kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan Kami
mengerjakannya". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah
tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan Yang keji. Patutkah kamu
mengatakan terhadap Allah apa Yang kamu tidak mengetahuinya?"
قُلْ
أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ
مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ (٢٩)
29. katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil
(pada Segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu
(kepada Allah) Dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan
Beribadatlah Dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadanya semata-mata;
(kerana) sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula)
kamu akan kembali (kepadaNya).
فَرِيقًا
هَدَى وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيْهِمُ الضَّلالَةُ إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ
أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ (٣٠)
30. sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah
petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan
sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan
pilihan mereka sendiri), kerana Sesungguhnya mereka telah menjadikan
syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka
pula menyangka, Bahawa mereka berada Dalam petunjuk hidayah.
يَا
بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا
إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ (٣١)
31. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu
Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan
sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau;
Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.
قُلْ
مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ
قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ
كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (٣٢)
32. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah
Yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk
hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda Yang baik lagi halal dari rezeki
Yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat)
untuk orang-orang Yang beriman (dan juga Yang tidak beriman) Dalam kehidupan
dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang Yang beriman
sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan
Kami satu persatu bagi orang-orang Yang (mahu) mengetahui.
قُلْ
إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإثْمَ
وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ
سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ (٣٣)
33. katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya
mengharamkan perbuatan-perbuatan Yang keji, sama ada Yang nyata atau Yang
tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh Dengan tidak ada
alasan Yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu Dengan
Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang Bukti (yang membenarkannya); dan
(diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu Yang kamu tidak
mengetahuinya.
وَلِكُلِّ
أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلا يَسْتَقْدِمُونَ
(٣٤)
34. dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah
ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan
walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
يَا
بَنِي آدَمَ إِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي
فَمَنِ اتَّقَى وَأَصْلَحَ فَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (٣٥)
35. Wahai anak-anak Adam! jika datang kepada kamu
Rasul-rasul dari kalangan kamu Yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat
(perintah) Ku, maka sesiapa Yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan
mereka pula tidak akan berdukacita.
وَالَّذِينَ
كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ
فِيهَا خَالِدُونَ (٣٦)
36. dan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat
(perintah) Kami dan Yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya,
merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
فَمَنْ
أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِ أُولَئِكَ
يَنَالُهُمْ نَصِيبُهُمْ مِنَ الْكِتَابِ حَتَّى إِذَا جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا يَتَوَفَّوْنَهُمْ
قَالُوا أَيْنَ مَا كُنْتُمْ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ قَالُوا ضَلُّوا عَنَّا
وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ (٣٧)
37. maka tidak ada Yang lebih zalim daripada orang
Yang berdusta terhadap Allah atau Yang mendustakan ayat-ayatNya. orang-orang
itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa Yang telah tersurat (bagi
mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) Yang
mengambil nyawa mereka, Bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): "Manakah
(makhluk-makhluk dan benda-benda) Yang kamu sembah selain Allah?" mereka
menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami", dan
mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, Bahawa mereka adalah
orang-orang Yang ingkar.
قَالَ
ادْخُلُوا فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ فِي النَّارِ
كُلَّمَا دَخَلَتْ أُمَّةٌ لَعَنَتْ أُخْتَهَا حَتَّى إِذَا ادَّارَكُوا فِيهَا جَمِيعًا
قَالَتْ أُخْرَاهُمْ لأولاهُمْ رَبَّنَا هَؤُلاءِ أَضَلُّونَا فَآتِهِمْ عَذَابًا ضِعْفًا
مِنَ النَّارِ قَالَ لِكُلٍّ ضِعْفٌ وَلَكِنْ لا تَعْلَمُونَ (٣٨)
38. Allah berfirman: "Masuklah kamu ke Dalam
neraka bersama-sama umat-umat Yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan
manusia. tiap-tiap satu umat Yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya
sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah
golongan Yang akhir mengenai golongan Yang pertama di antara mereka:
"Wahai Tuhan kami, mereka Inilah Yang telah menyesatkan kami; oleh itu
berilah kepada mereka azab seksa Yang berlipat ganda dari (azab) neraka".
Allah berfirman: "Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) Yang berlipat
ganda tetapi kamu tidak Mengetahui".
وَقَالَتْ
أُولاهُمْ لأخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِنْ فَضْلٍ فَذُوقُوا الْعَذَابَ
بِمَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ (٣٩)
39. dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua),
di antara mereka, kepada golongan Yang akhir (pengikut-pengikutnya):
"(Jika Demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang
kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab
seksa disebabkan apa Yang kamu telah usahakan".
إِنَّ
الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ
السَّمَاءِ وَلا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ
وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ (٤٠)
40. Sesungguhnya orang-orang Yang mendustakan
ayat-ayat (perintah) Kami dan Yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada
mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit
dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan
Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang melakukan kesalahan.
لَهُمْ
مِنْ جَهَنَّمَ مِهَادٌ وَمِنْ فَوْقِهِمْ غَوَاشٍ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ
(٤١)
41. disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari
api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka) dan
Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkarannya).
وَالَّذِينَ
آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ
الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (٤٢)
42. dan orang-orang Yang beriman serta beramal
soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak
memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar Yang terdaya
olehnya, - merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
وَنَزَعْنَا
مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الأنْهَارُ وَقَالُوا الْحَمْدُ
لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلا أَنْ هَدَانَا
اللَّهُ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ
أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (٤٣)
43. dan Kami cabutkan Segala dendam dan hasad
dengki dari hati mereka, (di Dalam syurga) Yang mengalir beberapa sungai di
bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur Dengan berkata:
"Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah memberi hidayah petunjuk untuk
(mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh
petunjuk kalau Allah tidak memimpin Kami (dengan taufiqNya); Sesungguhnya telah
datang Rasul-rasul Tuhan Kami Dengan membawa kebenaran". dan mereka
diseru: "Itulah syurga Yang diberikan kamu mewarisinya Dengan sebab apa
Yang kamu telah kerjakan".
وَنَادَى
أَصْحَابُ الْجَنَّةِ أَصْحَابَ النَّارِ أَنْ قَدْ وَجَدْنَا مَا وَعَدَنَا رَبُّنَا
حَقًّا فَهَلْ وَجَدْتُمْ مَا وَعَدَ رَبُّكُمْ حَقًّا قَالُوا نَعَمْ فَأَذَّنَ مُؤَذِّنٌ
بَيْنَهُمْ أَنْ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ (٤٤)
44. dan (apabila Ahli-ahli syurga itu berada di
tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka Dengan berkata:
"Sesungguhnya Kami telah dapati apa Yang telah dijanjikan kepada Kami oleh
Tuhan kami, semuanya betul. maka Adakah kamu juga telah dapati apa Yang telah
dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". mereka menjawab:
"Benar ada". kemudian berserulah Penyeru (malaikat) di antara mereka
(kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas
orang-orang Yang zalim".
الَّذِينَ
يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُمْ بِالآخِرَةِ كَافِرُونَ
(٤٥)
45. Iaitu mereka Yang menghalang (dirinya sendiri
dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan
jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat.
وَبَيْنَهُمَا
حِجَابٌ وَعَلَى الأعْرَافِ رِجَالٌ يَعْرِفُونَ كُلا بِسِيمَاهُمْ وَنَادَوْا أَصْحَابَ
الْجَنَّةِ أَنْ سَلامٌ عَلَيْكُمْ لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ (٤٦)
46. dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada
tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok
Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki Yang mengenal tiap-tiap seorang
(dari Ahli-ahli syurga dan neraka) itu, Dengan tanda masing-masing. dan mereka
pun menyeru ahli syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun
Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). sedang mereka, sendiri belum lagi
masuk syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.
وَإِذَا
صُرِفَتْ أَبْصَارُهُمْ تِلْقَاءَ أَصْحَابِ النَّارِ قَالُوا رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا
مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (٤٧)
47. dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah
ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! janganlah
Engkau jadikan Kami bersama orang-orang Yang zalim".
وَنَادَى
أَصْحَابُ الأعْرَافِ رِجَالا يَعْرِفُونَهُمْ بِسِيمَاهُمْ قَالُوا مَا أَغْنَى عَنْكُمْ
جَمْعُكُمْ وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ (٤٨)
48. dan orang-orang Yang berada di atas tembok
Al-A'raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) Yang mereka kenal Dengan
tandanya, Dengan berkata: "Nampaknya kumpulan kamu Yang ramai (atau
kekayaan kamu Yang besar) dan juga Segala apa Yang kamu sombongkan dahulu -
tidak dapat menolong kamu".
أَهَؤُلاءِ
الَّذِينَ أَقْسَمْتُمْ لا يَنَالُهُمُ اللَّهُ بِرَحْمَةٍ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ لا
خَوْفٌ عَلَيْكُمْ وَلا أَنْتُمْ تَحْزَنُونَ (٤٩)
49. (Mereka bertanya pula kepada ketua-ketua kaum
kafir itu Dengan berkata): "Itukah orang-orang Yang kamu ejek-ejek dahulu
dan kamu bersumpah Bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah?
(Sekarang dikatakan kepada mereka): ` masuklah kamu ke Dalam syurga, tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya sesuatu Yang tidak baik) terhadap kamu, dan kamu
pula tidak akan berdukacita. ' "
وَنَادَى
أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ أَوْ
مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى الْكَافِرِينَ
(٥٠)
50. dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli
neraka Dengan firmanNya): ahli neraka menyeru ahli syurga (dengan berkata):
"Limpahkanlah kepada Kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) Yang
telah dikurniakan Allah kepada kamu". mereka (Ahli syurga) menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang
kafir".
الَّذِينَ
اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فَالْيَوْمَ
نَنْسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَذَا وَمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ
(٥١)
51. (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah)
orang-orang Yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan Yang
melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan
dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). oleh itu, pada hari ini (hari
kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa
(tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga
kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan kami.
وَلَقَدْ
جِئْنَاهُمْ بِكِتَابٍ فَصَّلْنَاهُ عَلَى عِلْمٍ هُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
(٥٢)
52. dan Sesungguhnya Kami telah datangkan kepada
mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) Yang Kami telah menjelaskannya satu persatu
berdasarkan pengetahuan (Kami Yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi
hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang Yang (mahu) beriman.
هَلْ
يَنْظُرُونَ إِلا تَأْوِيلَهُ يَوْمَ يَأْتِي تَأْوِيلُهُ يَقُولُ الَّذِينَ نَسُوهُ
مِنْ قَبْلُ قَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ فَهَلْ لَنَا مِنْ شُفَعَاءَ
فَيَشْفَعُوا لَنَا أَوْ نُرَدُّ فَنَعْمَلَ غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ قَدْ خَسِرُوا
أَنْفُسَهُمْ وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ (٥٣)
53. tidak ada perkara Yang mereka tunggu-tunggukan
melainkan akibat atau kesudahan (Apa Yang telah dijanjikan oleh Allah di Dalam
Al-Quran), pada hari datangnya apa Yang telah dijanjikan Dalam Al-Quran itu
(pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang Yang telah melupakannya (yang
tidak menghiraukannya Dalam dunia) dahulu: "Sesungguhnya telah datang
Rasul-rasul Tuhan Kami Dengan membawa kebenaran, maka Adakah untuk Kami pemberi
syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi Kami atau (bolehkah) Kami dikembalikan
(ke dunia) supaya Kami dapat beramal, lain daripada apa Yang Kami telah
kerjakan?" Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan
telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara Yang mereka ada-adakan dahulu.
إِنَّ
رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ
اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ
وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلا لَهُ الْخَلْقُ وَالأمْرُ تَبَارَكَ
اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (٥٤)
54. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang
menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy;
ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih
berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta
bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah
jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan.
Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
ادْعُوا
رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ (٥٥)
55. berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah
diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang Yang melampaui batas.
وَلا
تُفْسِدُوا فِي الأرْضِ بَعْدَ إِصْلاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَةَ
اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ (٥٦)
56. dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi
sesudah Allah menyediakan Segala Yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah
kepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan
perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu
dekat kepada orang-orang Yang memperbaiki amalannya.
وَهُوَ
الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ
سَحَابًا ثِقَالا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا
بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
(٥٧)
57. dan Dia lah (Allah) Yang menghantarkan angin
sebagai pembawa berita Yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya (iaitu
hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan Dia ke
negeri Yang mati (ke daerah Yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
Dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan Dengan air hujan itu berbagai-bagai
jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula)
orang-orang Yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya).
وَالْبَلَدُ
الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ وَالَّذِي خَبُثَ لا يَخْرُجُ إِلا
نَكِدًا كَذَلِكَ نُصَرِّفُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ (٥٨)
58. dan negeri Yang baik (tanahnya),
tanaman-tanamannya tumbuh (subur) Dengan izin Allah; dan negeri Yang tidak baik
(tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan Dengan keadaan bantut. Demikianlah
Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami Dengan berbagai
cara bagi orang-orang Yang (mahu) bersyukur.
لَقَدْ
أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ
مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ (٥٩)
59. Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh
kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan
Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya
Aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari Yang besar (hari kiamat)"
قَالَ
الْمَلأ مِنْ قَوْمِهِ إِنَّا لَنَرَاكَ فِي ضَلالٍ مُبِينٍ (٦٠)
60. ketua-ketua dari kaumnya berkata:
"Sesungguhnya Kami nampakmu (Wahai Nuh) berada Dalam kesesatan Yang
nyata".
قَالَ
يَا قَوْمِ لَيْسَ بِي ضَلالَةٌ وَلَكِنِّي رَسُولٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٦١)
61. Nabi Nuh menjawab: "Wahai kaumku! tidak
ada padaku sebarang kesesatan, tetapi Aku adalah seorang Rasul dari Tuhan
sekalian alam.
أُبَلِّغُكُمْ
رِسَالاتِ رَبِّي وَأَنْصَحُ لَكُمْ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ
(٦٢)
62. "(Tugasku) menyampaikan kepada kamu
perintah-perintah Yang (diutuskan oleh) Tuhanku, serta Aku memberi nasihat
kepada kamu, sedang Aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan apa Yang
kamu tidak mengetahuinya.
أَوَعَجِبْتُمْ
أَنْ جَاءَكُمْ ذِكْرٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَلَى رَجُلٍ مِنْكُمْ لِيُنْذِرَكُمْ وَلِتَتَّقُوا
وَلَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (٦٣)
63. "Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan
tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui
seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan
supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat?".
فَكَذَّبُوهُ
فَأَنْجَيْنَاهُ وَالَّذِينَ مَعَهُ فِي الْفُلْكِ وَأَغْرَقْنَا الَّذِينَ كَذَّبُوا
بِآيَاتِنَا إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا عَمِينَ (٦٤)
64. mereka terus mendustakannya, lalu Kami
selamatkan Dia dan orang-orang Yang bersamanya di Dalam bahtera, dan Kami
karamkan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka
adalah kaum Yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)
وَإِلَى
عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ
غَيْرُهُ أَفَلا تَتَّقُونَ (٦٥)
65. dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara
mereka: Nabi Hud. ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah,
(sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. oleh itu, tidakkah
kamu mahu bertaqwa kepadanya? "
قَالَ
الْمَلأ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ إِنَّا لَنَرَاكَ فِي سَفَاهَةٍ وَإِنَّا
لَنَظُنُّكَ مِنَ الْكَاذِبِينَ (٦٦)
66. ketua-ketua Yang kafir dari kaumnya berkata:
"Sesungguhnya Kami (Wahai Hud) nampakmu berada Dalam kebodohan, dan
Sesungguhnya Kami fikir Engkau adalah dari orang-orang Yang berdusta".
قَالَ
يَا قَوْمِ لَيْسَ بِي سَفَاهَةٌ وَلَكِنِّي رَسُولٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(٦٧)
67. Nabi Hud menjawab: "Wahai kaumku! tidak
ada padaku sebarang kebodohan, tetapi Aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian
alam.
أُبَلِّغُكُمْ
رِسَالاتِ رَبِّي وَأَنَا لَكُمْ نَاصِحٌ أَمِينٌ (٦٨)
68. "(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan
perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan Aku adalah pemberi nasihat
Yang amanah, bagi kamu.
أَوَعَجِبْتُمْ
أَنْ جَاءَكُمْ ذِكْرٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَلَى رَجُلٍ مِنْكُمْ لِيُنْذِرَكُمْ وَاذْكُرُوا
إِذْ جَعَلَكُمْ خُلَفَاءَ مِنْ بَعْدِ قَوْمِ نُوحٍ وَزَادَكُمْ فِي الْخَلْقِ بَسْطَةً
فَاذْكُرُوا آلاءَ اللَّهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٦٩)
69. "Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan
tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui
seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? dan
kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh,
dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian
tubuh kamu. maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya".
قَالُوا
أَجِئْتَنَا لِنَعْبُدَ اللَّهَ وَحْدَهُ وَنَذَرَ مَا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا فَأْتِنَا
بِمَا تَعِدُنَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ (٧٠)
70. mereka berkata: "Adakah Engkau datang
kepada Kami supaya Kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa
Yang pernah disembah oleh datuk nenek Kami? (Kami tidak akan menurut) maka
datangkanlah azab Yang Engkau janjikan kepada kami, jika betul Engkau dari
orang-orang Yang benar".
قَالَ
قَدْ وَقَعَ عَلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ رِجْسٌ وَغَضَبٌ أَتُجَادِلُونَنِي فِي أَسْمَاءٍ
سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا نَزَّلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ فَانْتَظِرُوا
إِنِّي مَعَكُمْ مِنَ الْمُنْتَظِرِينَ (٧١)
71. Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah
tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu
hendak berbahas denganku mengenai nama-nama Yang hanya kamu dan nenek moyang
kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang Bukti
Yang membenarkannya? maka tunggulah (kedatangan azab itu), Sesungguhnya Aku
juga dari orang-orang Yang turut menunggu bersama-sama kamu".
فَأَنْجَيْنَاهُ
وَالَّذِينَ مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِنَّا وَقَطَعْنَا دَابِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
وَمَا كَانُوا مُؤْمِنِينَ (٧٢)
72. maka Kami selamatkan Dia dan orang-orang Yang
bersamanya, Dengan rahmat dari kami, dan Kami (binasakan serta) putuskan
keturunan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka bukanlah
orang-orang Yang beriman.
وَإِلَى
ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ
غَيْرُهُ قَدْ جَاءَتْكُمْ بَيِّنَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ هَذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ لَكُمْ
آيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ وَلا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ
عَذَابٌ أَلِيمٌ (٧٣)
73. dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara
mereka: Nabi soleh. ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah,
(sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya telah
datang kepada kamu keterangan Yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah
seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan
kebenaranku). oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan
janganlah kamu menyentuhnya Dengan sesuatu Yang menyakitinya; (kalau kamu
menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
وَاذْكُرُوا
إِذْ جَعَلَكُمْ خُلَفَاءَ مِنْ بَعْدِ عَادٍ وَبَوَّأَكُمْ فِي الأرْضِ تَتَّخِذُونَ
مِنْ سُهُولِهَا قُصُورًا وَتَنْحِتُونَ الْجِبَالَ بُيُوتًا فَاذْكُرُوا آلاءَ اللَّهِ
وَلا تَعْثَوْا فِي الأرْضِ مُفْسِدِينَ (٧٤)
74. "Dan kenanglah ketika Allah menjadikan
kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi,
(dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya Yang
rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. maka
Kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela
melakukan kerosakan di muka bumi".
قَالَ
الْمَلأ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِنْ قَوْمِهِ لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِمَنْ آمَنَ
مِنْهُمْ أَتَعْلَمُونَ أَنَّ صَالِحًا مُرْسَلٌ مِنْ رَبِّهِ قَالُوا إِنَّا بِمَا
أُرْسِلَ بِهِ مُؤْمِنُونَ (٧٥)
75. ketua-ketua Yang sombong takbur dari kaumnya
berkata kepada orang-orang Yang dipandang lemah Iaitu orang-orang Yang telah
beriman di antara mereka: "Tahukah kamu Bahawa soleh itu diutus dari
Tuhannya?" mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami beriman kepada apa
Yang ia diutus untuk menyampaikannya".
قَالَ
الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا بِالَّذِي آمَنْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ (٧٦)
76. orang-orang Yang sombong takbur itu berkata:
"Sesungguhnya Kami tetap ingkar akan orang Yang kamu beriman
kepadanya".
فَعَقَرُوا
النَّاقَةَ وَعَتَوْا عَنْ أَمْرِ رَبِّهِمْ وَقَالُوا يَا صَالِحُ ائْتِنَا بِمَا
تَعِدُنَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ (٧٧)
77. maka mereka pun menyembelih unta itu, dan
mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: "Hai
Soleh! datangkanlah azab Yang Engkau telah janjikan kepada kami, jika betul
Engkau dari Rasul-rasul Yang diutus (oleh Allah)".
فَأَخَذَتْهُمُ
الرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ (٧٨)
78. oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa
bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat Yang tersungkur di tempat tinggal
masing-masing.
فَتَوَلَّى
عَنْهُمْ وَقَالَ يَا قَوْمِ لَقَدْ أَبْلَغْتُكُمْ رِسَالَةَ رَبِّي وَنَصَحْتُ لَكُمْ
وَلَكِنْ لا تُحِبُّونَ النَّاصِحِينَ (٧٩)
79. maka Nabi soleh pun meninggalkan mereka sambil
berkata: "Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan
Tuhanku, dan Aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka
kepada orang-orang Yang memberi nasihat".
وَلُوطًا
إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ
مِنَ الْعَالَمِينَ (٨٠)
80. dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah
ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang
keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini
sebelum kamu?
إِنَّكُمْ
لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ
(٨١)
81. "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk
memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini
adalah kaum Yang melampaui batas".
وَمَا
كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوهُمْ مِنْ قَرْيَتِكُمْ إِنَّهُمْ
أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ (٨٢)
82. dan tidak ada jawab dari kaumnya selain
daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya Yang
taat) dari bandar kamu ini, Sesungguhnya mereka adalah orang-orang Yang
(mendakwa) mensucikan diri".
فَأَنْجَيْنَاهُ
وَأَهْلَهُ إِلا امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ (٨٣)
83. maka Kami selamatkan Dia dan keluarganya (serta
pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang Yang
dibinasakan.
وَأَمْطَرْنَا
عَلَيْهِمْ مَطَرًا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ (٨٤)
84. dan Kami telah menghujani mereka Dengan hujan
(batu Yang membinasakan). oleh itu, lihatlah, Bagaimana akibat orang-orang Yang
melakukan kesalahan.
وَإِلَى
مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ
إِلَهٍ غَيْرُهُ قَدْ جَاءَتْكُمْ بَيِّنَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ فَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ
وَلا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلا تُفْسِدُوا فِي الأرْضِ بَعْدَ إِصْلاحِهَا
ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (٨٥)
85. dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan)
saudara mereka Nabi Syuaib. ia berkata: "Wahai kaum Sembahlah kamu akan
Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya
telah datang kepada kamu keterangan Yang nyata dari Tuhan kamu. oleh itu, sempurnakanlah
sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan
benda-benda dan perkara-perkara Yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat
kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) Dengan
sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu
orang-orang Yang beriman.
وَلا
تَقْعُدُوا بِكُلِّ صِرَاطٍ تُوعِدُونَ وَتَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ آمَنَ
بِهِ وَتَبْغُونَهَا عِوَجًا وَاذْكُرُوا إِذْ كُنْتُمْ قَلِيلا فَكَثَّرَكُمْ وَانْظُرُوا
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ (٨٦)
86. "Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap
jalan lalu-lalang, Dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang Yang
beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah
itu bengkok terpesong. dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu
Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah Bagaimana akibat
orang-orang Yang berbuat kerosakan.
وَإِنْ
كَانَ طَائِفَةٌ مِنْكُمْ آمَنُوا بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ وَطَائِفَةٌ لَمْ يُؤْمِنُوا
فَاصْبِرُوا حَتَّى يَحْكُمَ اللَّهُ بَيْنَنَا وَهُوَ خَيْرُ الْحَاكِمِينَ (٨٧)
87. "Dan jika ada segolongan dari kamu beriman
kepada wahyu (perintah-perintah Allah) Yang Aku telah diutuskan untuk
menyampaikannya, dan segolongan lagi tidak beriman, maka sabarlah sehingga
Allah menjalankan hukumNya di antara kita semua, dan Dia lah jua sebaik-baik
hakim".
قَالَ
الْمَلأ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِنْ قَوْمِهِ لَنُخْرِجَنَّكَ يَا شُعَيْبُ وَالَّذِينَ
آمَنُوا مَعَكَ مِنْ قَرْيَتِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا قَالَ أَوَلَوْ
كُنَّا كَارِهِينَ (٨٨)
88. ketua-ketua Yang sombong takbur dari kaum Nabi
Syuaib berkata: "Sesungguhnya Kami akan mengusirmu Wahai Syuaib dan
orang-orang Yang beriman Yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri Kami ini,
atau kamu berpindah kepada ugama kami". Nabi Syuaib menjawab: "Adakah
(kamu hendak melakukan Yang demikian) sekalipun Kami tidak menyukainya?
قَدِ
افْتَرَيْنَا عَلَى اللَّهِ كَذِبًا إِنْ عُدْنَا فِي مِلَّتِكُمْ بَعْدَ إِذْ نَجَّانَا
اللَّهُ مِنْهَا وَمَا يَكُونُ لَنَا أَنْ نَعُودَ فِيهَا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ
رَبُّنَا وَسِعَ رَبُّنَا كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا
افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ
(٨٩)
89. "Sesungguhnya (bermakna) Kami berdusta
terhadap Allah, jika Kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah
menyelamatkan Kami daripadanya. dan tidaklah harus Kami berpindah kepadanya
sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. pengetahuan Tuhan
Kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. kepada Allah jualah Kami bertawakal.
Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara Kami dan kaum Kami Dengan kebenaran
(keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim".
وَقَالَ
الْمَلأ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ لَئِنِ اتَّبَعْتُمْ شُعَيْبًا إِنَّكُمْ
إِذًا لَخَاسِرُونَ (٩٠)
90. dan berkatalah pula ketua-ketua Yang kafir dari
kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): "Sesungguhnya jika kamu mengikut
Syuaib nescaya kamu Dengan perbuatan Yang demikian menjadilah orang-orang Yang
rugi".
فَأَخَذَتْهُمُ
الرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ (٩١)
91. maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu
menjadilah mereka mayat-mayat Yang tersungkur di tempat masing-masing.
الَّذِينَ
كَذَّبُوا شُعَيْبًا كَأَنْ لَمْ يَغْنَوْا فِيهَا الَّذِينَ كَذَّبُوا شُعَيْبًا كَانُوا
هُمُ الْخَاسِرِينَ (٩٢)
92. orang-orang Yang mendustakan Nabi Syuaib
(punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. orang-orang
Yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang Yang rugi.
فَتَوَلَّى
عَنْهُمْ وَقَالَ يَا قَوْمِ لَقَدْ أَبْلَغْتُكُمْ رِسَالاتِ رَبِّي وَنَصَحْتُ لَكُمْ
فَكَيْفَ آسَى عَلَى قَوْمٍ كَافِرِينَ (٩٣)
93. kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil
berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya Aku telah menyampaikan kepada kamu
perintah-perintah Tuhanku, dan Aku telah memberi nasihat kepada kamu. oleh itu,
tidaklah Aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa
itu)".
وَمَا
أَرْسَلْنَا فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَبِيٍّ إِلا أَخَذْنَا أَهْلَهَا بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ
لَعَلَّهُمْ يَضَّرَّعُونَ (٩٤)
94. dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus
Dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya),
melainkan Kami timpakan mereka Dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan
penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak
berlaku sombong takbur).
ثُمَّ
بَدَّلْنَا مَكَانَ السَّيِّئَةِ الْحَسَنَةَ حَتَّى عَفَوْا وَقَالُوا قَدْ مَسَّ
آبَاءَنَا الضَّرَّاءُ وَالسَّرَّاءُ فَأَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً وَهُمْ لا يَشْعُرُونَ
(٩٥)
95. setelah (Mereka tidak juga insaf) Kami gantikan
kesusahan itu Dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang)
dan berkata (dengan angkuhnya): "Sesungguhnya nenek moyang kita juga
pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana Yang kita rasakan)".
lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak
menyedarinya.
وَلَوْ
أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ
السَّمَاءِ وَالأرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
(٩٦)
96. dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk
negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka
(pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.
tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab
seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.
أَفَأَمِنَ
أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ (٩٧)
97. Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap
hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam
hari, semasa mereka sedang tidur?
أَوَأَمِنَ
أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ (٩٨)
98. atau Patutkah penduduk negeri negeri itu
(bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka
pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?
أَفَأَمِنُوا
مَكْرَ اللَّهِ فَلا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ (٩٩)
99. Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka
merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) Yang diatur oleh Allah? kerana
sebenarnya tidak ada Yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) Yang
diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang Yang rugi.
أَوَلَمْ
يَهْدِ لِلَّذِينَ يَرِثُونَ الأرْضَ مِنْ بَعْدِ أَهْلِهَا أَنْ لَوْ نَشَاءُ أَصَبْنَاهُمْ
بِذُنُوبِهِمْ وَنَطْبَعُ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لا يَسْمَعُونَ (١٠٠)
100. Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan)
tidak jelas kepada orang-orang Yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya
(hilang lenyap kerana ditimpa bencana), Bahawa kalau Kami kehendaki tentulah
Kami akan menimpakan mereka pula Dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan
Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar
(nasihat-nasihat pengajaran)?
تِلْكَ
الْقُرَى نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَائِهَا وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ
فَمَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا بِمَا كَذَّبُوا مِنْ قَبْلُ كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ
عَلَى قُلُوبِ الْكَافِرِينَ (١٠١)
101. negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu,
Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (Wahai Muhammad); dan
Sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka Dengan
keterangan-keterangan Yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga
beriman kepada apa Yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah
meteraikan di atas hati orang-orang Yang kafir.
وَمَا
وَجَدْنَا لأكْثَرِهِمْ مِنْ عَهْدٍ وَإِنْ وَجَدْنَا أَكْثَرَهُمْ لَفَاسِقِينَ
(١٠٢)
102. dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka
sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka
melainkan orang-orang Yang fasik.
ثُمَّ
بَعَثْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ مُوسَى بِآيَاتِنَا إِلَى فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ فَظَلَمُوا
بِهَا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ (١٠٣)
103. kemudian Kami mengutuskan Nabi Musa selepas
Rasul-rasul itu, Dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan ketua-ketua
kaumnya, lalu mereka berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu. maka
perhatikanlah Bagaimana kesudahan orang-orang Yang berbuat kerosakan.
وَقَالَ
مُوسَى يَا فِرْعَوْنُ إِنِّي رَسُولٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ (١٠٤)
104. dan berkatalah Nabi Musa: "Hai Firaun!
Sesungguhnya Aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.
حَقِيقٌ
عَلَى أَنْ لا أَقُولَ عَلَى اللَّهِ إِلا الْحَقَّ قَدْ جِئْتُكُمْ بِبَيِّنَةٍ مِنْ
رَبِّكُمْ فَأَرْسِلْ مَعِيَ بَنِي إِسْرَائِيلَ (١٠٥)
105. "Sudah semestinya Aku tidak mengatakan
sesuatu terhadap Allah melainkan Yang benar. Sesungguhnya Aku datang kepada
kamu Dengan membawa keterangan Yang nyata dari Tuhan kamu. oleh itu,
bebaskanlah kaum Bani Israil menyertai Aku (ke Palestin).
قَالَ
إِنْ كُنْتَ جِئْتَ بِآيَةٍ فَأْتِ بِهَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ (١٠٦)
106. Firaun menjawab: "Kalau betul Engkau
datang Dengan membawa sesuatu mukjizat maka bawalah Dia (supaya Aku
melihatnya), jika betul Engkau dari orang-orang Yang benar".
فَأَلْقَى
عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُبِينٌ (١٠٧)
107. Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka
tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular Yang jelas nyata.
وَنَزَعَ
يَدَهُ فَإِذَا هِيَ بَيْضَاءُ لِلنَّاظِرِينَ (١٠٨)
108. dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya,
tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang Yang
melihatnya.
قَالَ
الْمَلأ مِنْ قَوْمِ فِرْعَوْنَ إِنَّ هَذَا لَسَاحِرٌ عَلِيمٌ (١٠٩)
109. berkatalah ketua-ketua dari kaum Firaun:
"Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir Yang mahir.
يُرِيدُ
أَنْ يُخْرِجَكُمْ مِنْ أَرْضِكُمْ فَمَاذَا تَأْمُرُونَ (١١٠)
110. "Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu
dari negeri kamu". (Firaun bertanya): "Oleh itu, apa Yang kamu
syorkan?"
قَالُوا
أَرْجِهْ وَأَخَاهُ وَأَرْسِلْ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ (١١١)
111. mereka berkata: "Tangguhkanlah Dia dan
saudaranya (daripada dijatuhkan sebarang hukuman) serta Utuslah ke bandar-bandar
(di merata-rata negeri Mesir untuk) mengumpulkan (ahli-ahli sihir);
يَأْتُوكَ
بِكُلِّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ (١١٢)
112. "Yang kelak akan membawa kepadamu Segala
ahli sihir Yang mahir".
وَجَاءَ
السَّحَرَةُ فِرْعَوْنَ قَالُوا إِنَّ لَنَا لأجْرًا إِنْ كُنَّا نَحْنُ الْغَالِبِينَ
(١١٣)
113. dan datanglah Ahli-ahli sihir itu kepada
Firaun lalu berkata: "Sungguhkah Kami akan beroleh upah, kalau Kami dapat
mengalahkannya?"
قَالَ
نَعَمْ وَإِنَّكُمْ لَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ (١١٤)
114. Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan
mendapat upah) dan kamu Sesungguhnya (akan menjadi) dari orang-orang Yang
damping (denganku)".
قَالُوا
يَا مُوسَى إِمَّا أَنْ تُلْقِيَ وَإِمَّا أَنْ نَكُونَ نَحْنُ الْمُلْقِينَ (١١٥)
115. mereka berkata: "Hai Musa! Engkaukah Yang
akan mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah Yang akan mencampakkan
(lebih dahulu)?"
قَالَ
أَلْقُوا فَلَمَّا أَلْقَوْا سَحَرُوا أَعْيُنَ النَّاسِ وَاسْتَرْهَبُوهُمْ وَجَاءُوا
بِسِحْرٍ عَظِيمٍ (١١٦)
116. Nabi Musa menjawab: "Campakkanlah kamu
(dahulu)!" maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali
masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu
merasa gerun, serta mereka melakukan sihir Yang besar (Keadaan dan caranya).
وَأَوْحَيْنَا
إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ (١١٧)
117. dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa:
"Campakkanlah tongkatmu!" maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa Yang
mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
فَوَقَعَ
الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١١٨)
118. maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa),
dan batalah (sihir) Yang mereka telah lakukan.
فَغُلِبُوا
هُنَالِكَ وَانْقَلَبُوا صَاغِرِينَ (١١٩)
119. oleh itu, kalahlah Firaun dan ketua-ketua
kaumnya di situ dan kembalilah mereka Dengan keadaan Yang hina.
وَأُلْقِيَ
السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (١٢٠)
120. dan (Kemenangan Nabi Musa menjadikan)
Ahli-ahli sihir itu Dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,
قَالُوا
آمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ (١٢١)
121. sambil berkata: "Kami beriman kepada
Tuhan sekalian alam.
رَبِّ
مُوسَى وَهَارُونَ (١٢٢)
122. "(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi
Harun".
قَالَ
فِرْعَوْنُ آمَنْتُمْ بِهِ قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ إِنَّ هَذَا لَمَكْرٌ مَكَرْتُمُوهُ
فِي الْمَدِينَةِ لِتُخْرِجُوا مِنْهَا أَهْلَهَا فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ (١٢٣)
123. Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman
kepadanya sebelum Aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah
perbuatan tipu daya Yang kamu lakukan Dalam bandar ini kerana kamu hendak
mengeluarkan penduduknya dari padanya. oleh itu, kamu akan mengetahui
(akibatya).
لأقَطِّعَنَّ
أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ مِنْ خِلافٍ ثُمَّ لأصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ
(١٢٤)
124. "Demi sesungguhnya, Aku akan memotong
tangan dan kaki kamu Dengan bersilang, kemudian Aku akan memalang kamu
semuanya".
قَالُوا
إِنَّا إِلَى رَبِّنَا مُنْقَلِبُونَ (١٢٥)
125. mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami
(tidak gentar) kerana kepada Tuhan Kamilah kembalinya Kami (dan kepadaNyalah
Kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya).
وَمَا
تَنْقِمُ مِنَّا إِلا أَنْ آمَنَّا بِآيَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءَتْنَا رَبَّنَا أَفْرِغْ
عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ (١٢٦)
126. "Dan tidaklah Engkau (hai Firaun) marah
(dan bertindak menyeksa) Kami melainkan kerana Kami beriman kepada ayat-ayat
Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai
Tuhan kami, Limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah Kami Dalam
keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".
وَقَالَ
الْمَلأ مِنْ قَوْمِ فِرْعَوْنَ أَتَذَرُ مُوسَى وَقَوْمَهُ لِيُفْسِدُوا فِي الأرْضِ
وَيَذَرَكَ وَآلِهَتَكَ قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبْنَاءَهُمْ وَنَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ
وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قَاهِرُونَ (١٢٧)
127. dan berkatalah pula ketua-ketua dari kaum
Firaun: "Adakah Engkau (Wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya
untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa Yang
dipuja olehmu?" Firaun menjawab: "Kita akan membunuh anak-anak lelaki
mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap
Menguasai (menundukkan) mereka".
قَالَ
مُوسَى لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللَّهِ وَاصْبِرُوا إِنَّ الأرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا
مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ (١٢٨)
128. (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu)
Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan
bersabarlah, Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada
sesiapa Yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan Yang baik adalah
bagi orang-orang Yang bertaqwa".
قَالُوا
أُوذِينَا مِنْ قَبْلِ أَنْ تَأْتِيَنَا وَمِنْ بَعْدِ مَا جِئْتَنَا قَالَ عَسَى رَبُّكُمْ
أَنْ يُهْلِكَ عَدُوَّكُمْ وَيَسْتَخْلِفَكُمْ فِي الأرْضِ فَيَنْظُرَ كَيْفَ تَعْمَلُونَ
(١٢٩)
129. mereka berkata: "Kami telah dianiaya dan
diperhambakan (oleh Firaun) sebelum Engkau datang kepada Kami dan sesudah
Engkau datang kepada kami". Nabi Musa menjawab: "Mudah-mudahan Tuhan
kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi,
kemudian ia akan memerhati Bagaimana pula perbuatan kamu?"
وَلَقَدْ
أَخَذْنَا آلَ فِرْعَوْنَ بِالسِّنِينَ وَنَقْصٍ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
(١٣٠)
130. dan Sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun
dan kaumnya Dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka
insaf mengambil pelajaran.
فَإِذَا
جَاءَتْهُمُ الْحَسَنَةُ قَالُوا لَنَا هَذِهِ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَطَّيَّرُوا
بِمُوسَى وَمَنْ مَعَهُ أَلا إِنَّمَا طَائِرُهُمْ عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ
لا يَعْلَمُونَ (١٣١)
131. kemudian apabila datang kepada mereka
kesenangan mereka berkata: "Ini ialah hasil usaha kami", dan jika
mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan
oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): ketahuilah,
Sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
وَقَالُوا
مَهْمَا تَأْتِنَا بِهِ مِنْ آيَةٍ لِتَسْحَرَنَا بِهَا فَمَا نَحْنُ لَكَ بِمُؤْمِنِينَ
(١٣٢)
132. dan mereka berkata: "Walau apa sahaja
(jenis-jenis) keterangan (mukjizat) Yang Engkau bawa kepada kami; (Wahai Musa),
untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka Kami tidak sekali-kali akan beriman
kepadamu".
فَأَرْسَلْنَا
عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ
مُفَصَّلاتٍ فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُجْرِمِينَ (١٣٣)
133. (Allah berfirman): Kami pun menghantarkan
kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai
tanda-tanda dan Bukti Yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong
takbur dan menjadi kaum Yang menderhaka.
وَلَمَّا
وَقَعَ عَلَيْهِمُ الرِّجْزُ قَالُوا يَا مُوسَى ادْعُ لَنَا رَبَّكَ بِمَا عَهِدَ
عِنْدَكَ لَئِنْ كَشَفْتَ عَنَّا الرِّجْزَ لَنُؤْمِنَنَّ لَكَ وَلَنُرْسِلَنَّ مَعَكَ
بَنِي إِسْرَائِيلَ (١٣٤)
134. dan apabila azab Yang tersebut itu menimpa mereka,
mereka (merayu dengan) berkata: "Wahai Musa! pohonkanlah kepada Tuhanmu
untuk Kami Dengan (kehormatan) pangkat Nabi Yang diberikanNya kepadamu (yang
menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika Engkau hapuskan
azab itu daripada kami, tentulah Kami akan beriman kepadaMu, dan sudah tentu
Kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu".
فَلَمَّا
كَشَفْنَا عَنْهُمُ الرِّجْزَ إِلَى أَجَلٍ هُمْ بَالِغُوهُ إِذَا هُمْ يَنْكُثُونَ
(١٣٥)
135. (Tuhan berfirman): setelah Kami hapuskan azab
itu daripada mereka, hingga ke suatu masa Yang tertentu Yang mereka sampai
kepadaNya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya
فَانْتَقَمْنَا
مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا
عَنْهَا غَافِلِينَ (١٣٦)
136. maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami
menenggelamkan mereka di laut Dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami
dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
وَأَوْرَثْنَا
الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُوا يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الأرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي
بَارَكْنَا فِيهَا وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ الْحُسْنَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ
بِمَا صَبَرُوا وَدَمَّرْنَا مَا كَانَ يَصْنَعُ فِرْعَوْنُ وَقَوْمُهُ وَمَا كَانُوا
يَعْرِشُونَ (١٣٧)
137. dan Kami wariskan kepada kaum (Bani Israil)
Yang telah tertindas itu akan daerah-daerah timur bumi (Palestin) dan
daerah-daerah baratnya, Yang Kami telah melimpahkan berkat padanya. dan telah
sempurnalah kalimah Allah (janjiNya) Yang baik kepada kaum Bani Israil kerana
kesabaran mereka (semasa mereka ditindas oleh Firaun), dan Kami telah hancurkan
apa Yang telah dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa Yang mereka telah dirikan
(dari bangunan-bangunan Yang tinggi)
وَجَاوَزْنَا
بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتَوْا عَلَى قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَى أَصْنَامٍ
لَهُمْ قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَلْ لَنَا إِلَهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ قَالَ إِنَّكُمْ
قَوْمٌ تَجْهَلُونَ (١٣٨)
138. dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang laut
(Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum Yang sedang menyembah
berhala-berhalanya. (Melihatkan Yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata:
"Wahai Musa buatlah untuk Kami suatu Tuhan (berhala) sebagaimana mereka
mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini
adalah kaum Yang jahil.
إِنَّ
هَؤُلاءِ مُتَبَّرٌ مَا هُمْ فِيهِ وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١٣٩)
139. "Sesungguhnya mereka (penyembah-penyembah
berhala itu), akan dihancurkan apa Yang mereka berada di dalamnya (dari
perbuatan syirik), dan tetaplah salahnya apa Yang mereka kerjakan itu".
قَالَ
أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِيكُمْ إِلَهًا وَهُوَ فَضَّلَكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ
(١٤٠)
140. Nabi Musa berkata lagi: "Patutkah Aku
mencari Tuhan untuk kamu selain dari Allah, padahal ia telah melebihkan kamu
atas sekalian manusia (yang sezaman Dengan kamu, Dengan berbagai nikmat Yang
telah dikurniakanNya kepada kamu)?"
وَإِذْ
أَنْجَيْنَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ يُقَتِّلُونَ
أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ بَلاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ
(١٤١)
141. dan (Tuhan berfirman): ingatlah ketika Kami
selamatkan kamu dari Firaun dan kaumnya, Yang menyeksa kamu Dengan azab seksa
Yang seberat-berat dan seburuk-buruknya; mereka membunuh anak-anak lelaki kamu
dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan (ingatlah bahawa) Yang
demikian itu mengandungi cubaan Yang besar dari Tuhan kamu.
وَوَاعَدْنَا
مُوسَى ثَلاثِينَ لَيْلَةً وَأَتْمَمْنَاهَا بِعَشْرٍ فَتَمَّ مِيقَاتُ رَبِّهِ أَرْبَعِينَ
لَيْلَةً وَقَالَ مُوسَى لأخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلا
تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ (١٤٢)
142. dan Kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa
(untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan
jumlahnya Dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu Yang telah
ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. dan berkatalah Nabi Musa kepada
saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): "Gantikanlah Aku
Dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (Keadaan mereka sepeninggalanku),
dan janganlah Engkau menurut jalan orang-orang Yang melakukan kerosakan".
وَلَمَّا
جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ
قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ
فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَى
صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ
(١٤٣)
143. dan ketika Nabi Musa datang pada waktu Yang
Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa
(merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu
Yang Maha Suci) supaya Aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau
tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke Gunung itu, maka
kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya Engkau akan dapat melihatKu",
setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesarannya) kepada Gunung
itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan Gunung itu hancur lebur dan Nabi
Musa pun jatuh pengsan. setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha suci
Engkau (Wahai Tuhanku), Aku bertaubat kepadaMu, dan Akulah orang Yang awal
pertama beriman (pada zamanku)
قَالَ
يَا مُوسَى إِنِّي اصْطَفَيْتُكَ عَلَى النَّاسِ بِرِسَالاتِي وَبِكَلامِي فَخُذْ مَا
آتَيْتُكَ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ (١٤٤)
144. Allah berfirman: "Wahai Musa!
Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu),
Dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan Dengan KalamKu; oleh itu,
Terimalah apa Yang Aku kurniakan kepadaMu, dan Jadikanlah dirimu dari orang-orang
Yang bersyukur".
وَكَتَبْنَا
لَهُ فِي الألْوَاحِ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ مَوْعِظَةً وَتَفْصِيلا لِكُلِّ شَيْءٍ فَخُذْهَا
بِقُوَّةٍ وَأْمُرْ قَوْمَكَ يَأْخُذُوا بِأَحْسَنِهَا سَأُرِيكُمْ دَارَ الْفَاسِقِينَ
(١٤٥)
145. dan Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada
Lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan
bagi tiap-tiap sesuatu (dasar syariat dan hukum-hukumnya). oleh itu, Terimalah
Dia (dan amalkanlah Wahai Musa) Dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu
berpegang (serta mengamalkan) Yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya).
Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang Yang fasik -
derhaka".
سَأَصْرِفُ
عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الأرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَإِنْ يَرَوْا
كُلَّ آيَةٍ لا يُؤْمِنُوا بِهَا وَإِنْ يَرَوْا سَبِيلَ الرُّشْدِ لا يَتَّخِذُوهُ
سَبِيلا وَإِنْ يَرَوْا سَبِيلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ
كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ (١٤٦)
146. Aku akan memalingkan (hati) orang-orang Yang
sombong takbur di muka bumi Dengan tiada alasan Yang benar dari (memahami)
ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian)
jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman
kepadaNya, dan jika mereka melihat jalan Yang (membawa kepada) hidayah
petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan Yang dilalui. dan sebaliknya
jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan
Yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan
mereka sentiasa lalai daripadanya.
وَالَّذِينَ
كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَلِقَاءِ الآخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ هَلْ يُجْزَوْنَ
إِلا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١٤٧)
147. dan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat
Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). mereka
tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa Yang mereka
telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat).
وَاتَّخَذَ
قَوْمُ مُوسَى مِنْ بَعْدِهِ مِنْ حُلِيِّهِمْ عِجْلا جَسَدًا لَهُ خُوَارٌ أَلَمْ
يَرَوْا أَنَّهُ لا يُكَلِّمُهُمْ وَلا يَهْدِيهِمْ سَبِيلا اتَّخَذُوهُ وَكَانُوا
ظَالِمِينَ (١٤٨)
148. dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke
Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka,
(patung) anak lembu Yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): "Tidakkah
mereka memikirkan Bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata Dengan mereka dan
tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? mereka menjadikannya (berhala
Yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang Yang melakukan
kezaliman".
وَلَمَّا
سُقِطَ فِي أَيْدِيهِمْ وَرَأَوْا أَنَّهُمْ قَدْ ضَلُّوا قَالُوا لَئِنْ لَمْ يَرْحَمْنَا
رَبُّنَا وَيَغْفِرْ لَنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ (١٤٩)
149. dan setelah mereka menyesal (akan apa Yang
mereka lakukan) dan mengetahui Bahawa mereka telah sesat, berkatalah mereka:
"Sesungguhnya jika Tuhan Kami tidak memberi rahmat kepada Kami dan
mengampunkan kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi".
وَلَمَّا
رَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفًا قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي مِنْ
بَعْدِي أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمْ وَأَلْقَى الألْوَاحَ وَأَخَذَ بِرَأْسِ أَخِيهِ
يَجُرُّهُ إِلَيْهِ قَالَ ابْنَ أُمَّ إِنَّ الْقَوْمَ اسْتَضْعَفُونِي وَكَادُوا يَقْتُلُونَنِي
فَلا تُشْمِتْ بِيَ الأعْدَاءَ وَلا تَجْعَلْنِي مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
(١٥٠)
150. dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya
Dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: "Amatlah buruknya apa Yang telah
kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu)
perintah Tuhan kamu?" dan ia meletakkan Lauh-lauh (yang mengandungi
tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun)
sambil menariknya kepadaNya. Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku!
Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka
membunuhku (ketika Aku melarang mereka); oleh itu, janganlah Engkau menjadikan
musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan janganlah Engkau jadikan
daku termasuk Dalam golongan orang-orang Yang zalim".
قَالَ
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلأخِي وَأَدْخِلْنَا فِي رَحْمَتِكَ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
(١٥١)
151. Nabi Musa berdoa Dengan berkata: "Wahai
Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah Kami ke Dalam
rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari Segala Yang lain
Mengasihani".
إِنَّ
الَّذِينَ اتَّخَذُوا الْعِجْلَ سَيَنَالُهُمْ غَضَبٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَذِلَّةٌ فِي
الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُفْتَرِينَ (١٥٢)
152. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembah
(patung) anak lembu itu, akan ditimpa kemurkaan dari Tuhan mereka dan kehinaan
Dalam kehidupan dunia. dan Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang
mengada-adakan perkara Yang tidak benar.
وَالَّذِينَ
عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ ثُمَّ تَابُوا مِنْ بَعْدِهَا وَآمَنُوا إِنَّ رَبَّكَ مِنْ
بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَحِيمٌ (١٥٣)
153. dan orang-orang Yang melakukan kejahatan
kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) Sesungguhnya Tuhanmu sesudah
itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
وَلَمَّا
سَكَتَ عَنْ مُوسَى الْغَضَبُ أَخَذَ الألْوَاحَ وَفِي نُسْخَتِهَا هُدًى وَرَحْمَةٌ
لِلَّذِينَ هُمْ لِرَبِّهِمْ يَرْهَبُونَ (١٥٤)
154. dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, Dia
pun mengambil Lauh-lauh Taurat itu Yang Dalam naskhahnya terkandung petunjuk
dan rahmat, bagi orang-orang Yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka
(daripada melanggar perintahNya).
وَاخْتَارَ
مُوسَى قَوْمَهُ سَبْعِينَ رَجُلا لِمِيقَاتِنَا فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ
قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُمْ مِنْ قَبْلُ وَإِيَّايَ أَتُهْلِكُنَا بِمَا
فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا إِنْ هِيَ إِلا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَنْ تَشَاءُ
وَتَهْدِي مَنْ تَشَاءُ أَنْتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ
الْغَافِرِينَ (١٥٥)
155. dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki
dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu Yang telah
Kami tentukan. maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu Dengan
berkata: "Wahai Tuhanku! jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan
mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan
Kami disebabkan apa Yang telah dilakukan oleh orang-orang Yang bodoh di antara
Kami? (Apa Yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu
Engkau sesatkan sesiapa Yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada
sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu
ampunkanlah Kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah
sebaik-baik pemberi ampun.
وَاكْتُبْ
لَنَا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ إِنَّا هُدْنَا إِلَيْكَ قَالَ
عَذَابِي أُصِيبُ بِهِ مَنْ أَشَاءُ وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ فَسَأَكْتُبُهَا
لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالَّذِينَ هُمْ بِآيَاتِنَا يُؤْمِنُونَ
(١٥٦)
156. "Dan Tetapkanlah untuk Kami kebaikan
Dalam dunia ini dan juga di akhirat, Sesungguhnya Kami kembali (bertaubat)
kepadamu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa
Yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan
menentukannya bagi orang-orang Yang bertaqwa, dan Yang memberi zakat, serta
orang-orang Yang beriman kepada ayat-ayat kami.
الَّذِينَ
يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ
فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ
إِصْرَهُمْ وَالأغْلالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ
وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ أُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
(١٥٧)
157. "Iaitu orang-orang Yang mengikut
Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi Yang Ummi, Yang mereka dapati tertulis
(namanya dan sifat-sifatnya) di Dalam Taurat dan Injil Yang ada di sisi mereka.
ia menyuruh mereka Dengan perkara-perkara Yang baik, dan melarang mereka
daripada melakukan perkara-perkara Yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka
Segala benda Yang baik, dan mengharamkan kepada mereka Segala benda Yang buruk;
dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu Yang ada
pada pada mereka. maka orang-orang Yang beriman kepadaNya, dan memuliakannya,
juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) Yang diturunkan kepadanya
(Al-Quran), mereka itulah orang-orang Yang berjaya.
قُلْ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ
السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ
وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ
لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (١٥٨)
158. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai
sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya,
(di utus oleh Allah) Yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan dia; Yang menghidupkan dan mematikan. oleh itu, berimanlah
kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi Yang Ummi Yang beriman kepada Allah dan
Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh
hidayah petunjuk".
وَمِنْ
قَوْمِ مُوسَى أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ (١٥٩)
159. dan di antara kaum Nabi Musa, ada satu
golongan Yang memberi petunjuk (kepada orang ramai) Dengan perkara-perkara Yang
hak, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.
وَقَطَّعْنَاهُمُ
اثْنَتَيْ عَشْرَةَ أَسْبَاطًا أُمَمًا وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى إِذِ اسْتَسْقَاهُ
قَوْمُهُ أَنِ اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانْبَجَسَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ
عَيْنًا قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَشْرَبَهُمْ وَظَلَّلْنَا عَلَيْهِمُ الْغَمَامَ
وَأَنْزَلْنَا عَلَيْهِمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَى كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ
وَمَا ظَلَمُونَا وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ (١٦٠)
160. dan Kami membahagikan mereka (Bani Israil)
menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan
kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukulah batu itu
Dengan tongkatmu." maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air.
tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. dan Kami
naungi mereka Dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan
"Salwa". (lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik Yang
Kami telah kurniakan kepada kamu". dan tidaklah mereka menganiaya Kami
(dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.
وَإِذْ
قِيلَ لَهُمُ اسْكُنُوا هَذِهِ الْقَرْيَةَ وَكُلُوا مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ وَقُولُوا
حِطَّةٌ وَادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا نَغْفِرْ لَكُمْ خَطِيئَاتِكُمْ سَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ
(١٦١)
161. dan (ingatlah) ketika dikatakan kepada mereka:
"Tinggalah Dalam bandar ini dan makanlah dari makanannya apa sahaja Yang
kamu sukai, dan berdoalah Dengan berkata: ` (Wahai Tuhan kami), gugurkanlah
(dosa kami) ', dan masuklah melalui pintu (bandar) itu Dengan tunduk merendah
diri, supaya Kami mengampunkan dosa-dosa kamu. Kami akan menambah (balasan)
bagi orang-orang Yang berbuat kebaikan".
فَبَدَّلَ
الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ قَوْلا غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُمْ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ
رِجْزًا مِنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَظْلِمُونَ (١٦٢)
162. maka orang-orang Yang zalim di antara mereka
menukarkan perintah itu Dengan perkataan Yang tidak dikatakan kepada mereka.
oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, Dengan sebab kezaliman
Yang mereka lakukan.
وَاسْأَلْهُمْ
عَنِ الْقَرْيَةِ الَّتِي كَانَتْ حَاضِرَةَ الْبَحْرِ إِذْ يَعْدُونَ فِي السَّبْتِ
إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّعًا وَيَوْمَ لا يَسْبِتُونَ
لا تَأْتِيهِمْ كَذَلِكَ نَبْلُوهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ (١٦٣)
163. dan Bertanyalah kepada mereka (Wahai Muhammad)
mengenai (penduduk) bandar Yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar
larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu
ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, Yang kelihatan timbul di muka
air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka.
Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa
berlaku fasik.
وَإِذْ
قَالَتْ أُمَّةٌ مِنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ
عَذَابًا شَدِيدًا قَالُوا مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
(١٦٤)
164. dan (ingatlah) ketika segolongan di antara
mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum Yang Allah akan membinasakan
mereka atau mengazabkan mereka Dengan azab Yang amat berat?" orang-orang
(yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan
diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".
فَلَمَّا
نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ أَنْجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ السُّوءِ وَأَخَذْنَا
الَّذِينَ ظَلَمُوا بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ (١٦٥)
165. maka ketika mereka melupakan (tidak
menghiraukan) apa Yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan
orang-orang Yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan
orang-orang Yang zalim Dengan azab seksa Yang amat berat, disebabkan mereka
berlaku fasik (derhaka).
فَلَمَّا
عَتَوْا عَنْ مَا نُهُوا عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ (١٦٦)
166. maka setelah mereka berlaku sombong takbur
(tidak mengambil indah) kepada apa Yang telah dilarang mereka melakukannya,
Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera Yang hina".
وَإِذْ
تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَيَبْعَثَنَّ عَلَيْهِمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ يَسُومُهُمْ
سُوءَ الْعَذَابِ إِنَّ رَبَّكَ لَسَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
(١٦٧)
167. dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu
memberitahu: Bahawa Sesungguhnya ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu,
(terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum Yang akan menimpakan mereka
Dengan azab sengsara Yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran
mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya Dia
juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
وَقَطَّعْنَاهُمْ
فِي الأرْضِ أُمَمًا مِنْهُمُ الصَّالِحُونَ وَمِنْهُمْ دُونَ ذَلِكَ وَبَلَوْنَاهُمْ
بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (١٦٨)
168. dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi
itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. di antara mereka
ada Yang soleh dan di antaranya juga Yang tidak demikian. dan Kami uji mereka
Dengan nikmat pemberian Yang baik-baik dan bala bencana Yang buruk, supaya
mereka kembali (bertaubat).
فَخَلَفَ
مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ وَرِثُوا الْكِتَابَ يَأْخُذُونَ عَرَضَ هَذَا الأدْنَى وَيَقُولُونَ
سَيُغْفَرُ لَنَا وَإِنْ يَأْتِهِمْ عَرَضٌ مِثْلُهُ يَأْخُذُوهُ أَلَمْ يُؤْخَذْ عَلَيْهِمْ
مِيثَاقُ الْكِتَابِ أَنْ لا يَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلا الْحَقَّ وَدَرَسُوا مَا
فِيهِ وَالدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلا تَعْقِلُونَ
(١٦٩)
169. maka mereka kemudiannya digantikan oleh
keturunan-keturunan Yang jahat Yang mewarisi Kitab (Taurat). mereka mengambil
kebendaan Yang hina di dunia ini sambil berkata: "Akan diampunkan kelak
dosa kami" padahal jika datang kepada mereka kebendaan Yang hina seperti
itu mereka akan mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia
daripada mereka di Dalam Kitab Taurat Bahawa mereka tidak memperkatakan
terhadap Allah melainkan Yang benar? dan mereka pula telah mempelajari apa Yang
terkandung di dalamnya? dan juga (Mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu
lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. tidakkah kamu mahu mengerti?
وَالَّذِينَ
يُمَسِّكُونَ بِالْكِتَابِ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ إِنَّا لا نُضِيعُ أَجْرَ الْمُصْلِحِينَ
(١٧٠)
170. dan orang-orang Yang berpegang teguh Dengan
Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, Sesungguhnya Kami tidak akan
menghilangkan pahala orang-orang Yang berusaha memperbaiki (Keadaan hidupnya).
وَإِذْ
نَتَقْنَا الْجَبَلَ فَوْقَهُمْ كَأَنَّهُ ظُلَّةٌ وَظَنُّوا أَنَّهُ وَاقِعٌ بِهِمْ
خُذُوا مَا آتَيْنَاكُمْ بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
(١٧١)
171. dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Kami
mengangkat Gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah Gunung itu
awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin Bahawa Gunung itu akan jatuh
menimpa mereka, (sambil Kami berfirman kepada mereka): "Terimalah Dengan
bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) Yang telah Kami berikan kepada kamu dan
ingatlah (amalkanlah) apa Yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi
orang-orang Yang bertaqwa"
وَإِذْ
أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى
أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ
الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ (١٧٢)
172. dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu
mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang
mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia
bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua
menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang
demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami
adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
أَوْ
تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِمْ
أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ (١٧٣)
173. atau supaya kamu tidak mengatakan:"
Sesungguhnya ibu bapa Kamilah Yang melakukan syirik dahulu sedang Kami ialah
keturunan (mereka) Yang datang kemudian daripada mereka. oleh itu, Patutkah
Engkau (Wahai Tuhan kami) hendak membinasakan Kami disebabkan perbuatan
orang-orang Yang sesat itu?"
وَكَذَلِكَ
نُفَصِّلُ الآيَاتِ وَلَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (١٧٤)
174. dan Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat
keterangan Kami satu persatu (supaya nyata Segala kebenaran), dan supaya mereka
kembali (kepada kebenaran).
وَاتْلُ
عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ
الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ (١٧٥)
175. dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad),
khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat
(Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu
ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang
Yang sesat.
وَلَوْ
شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الأرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ
فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ
ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ
يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦)
176. dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami
tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia
bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka
bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan
lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan
lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan
ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
سَاءَ
مَثَلا الْقَوْمُ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَأَنْفُسَهُمْ كَانُوا يَظْلِمُونَ
(١٧٧)
177. amatlah buruknya bandingan orang-orang Yang
mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela
sendiri.
مَنْ
يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَنْ يُضْلِلْ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
(١٧٨)
178. sesiapa Yang diberi petunjuk oleh Allah
(dengan sebab persediaannya) maka Dia lah Yang beroleh petunjuk; dan sesiapa
Yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah
orang-orang Yang rugi.
وَلَقَدْ
ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ
بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا
أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩)
179. dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka
jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu
memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak
mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga
(Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang Yang lalai.
وَلِلَّهِ
الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ
سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١٨٠)
180. dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang
mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu,
dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa
menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka
telah kerjakan.
وَمِمَّنْ
خَلَقْنَا أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ (١٨١)
181. dan di antara orang-orang Yang Kami ciptakan
itu, ada satu umat Yang memberi petunjuk Dengan kebenaran, dan dengannya mereka
menjalankan keadilan.
وَالَّذِينَ
كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لا يَعْلَمُونَ (١٨٢)
182. dan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat
kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit Demi sedikit (ke jurang
kebinasaan), menurut cara Yang mereka tidak mengetahuinya.
وَأُمْلِي
لَهُمْ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ (١٨٣)
183. dan Aku memberi tempoh kepada mereka;
Sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.
أَوَلَمْ
يَتَفَكَّرُوا مَا بِصَاحِبِهِمْ مِنْ جِنَّةٍ إِنْ هُوَ إِلا نَذِيرٌ مُبِينٌ
(١٨٤)
184. Patutkah mereka (ingkar dan) tidak mahu
memikirkan (dengan fikiran Yang siuman bahawa) sahabat mereka (Muhammad) tidak
sekali-kali mengidap penyakit gila (sebagaimana Yang mereka tuduh itu), bahkan
ia hanyalah seorang (Pesuruh Allah) Yang memberi amaran Yang jelas.
أَوَلَمْ
يَنْظُرُوا فِي مَلَكُوتِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ مِنْ شَيْءٍ
وَأَنْ عَسَى أَنْ يَكُونَ قَدِ اقْتَرَبَ أَجَلُهُمْ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ
(١٨٥)
185. Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu
memperhatikan alam langit dan bumi dan Segala Yang diciptakan oleh Allah, dan
(memikirkan) Bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? maka kepada
perkataan Yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka
mahu beriman?
مَنْ
يُضْلِلِ اللَّهُ فَلا هَادِيَ لَهُ وَيَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ
(١٨٦)
186. sesiapa Yang disesatkan oleh Allah (kerana
keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun Yang akan dapat memberi petunjuk
kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) Dalam
kesesatan mereka.
يَسْأَلُونَكَ
عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لا يُجَلِّيهَا
لِوَقْتِهَا إِلا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا تَأْتِيكُمْ إِلا بَغْتَةً
يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ
أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ (١٨٧)
187. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad)
tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" katakanlah:
"Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak
ada sesiapa pun Yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan
dia. (huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk
Yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara
mengejut". mereka bertanya kepadamu seolah-olah Engkau sedia
mengetahuinya. katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat
itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui".
قُلْ
لا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلا ضَرًّا إِلا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ
الْغَيْبَ لاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلا
نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (١٨٨)
188. katakanlah: "Aku tidak berkuasa
mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa
Yang dikehendaki Allah. dan kalau Aku mengetahui perkara-perkara Yang ghaib,
tentulah Aku akan mengumpulkan Dengan banyaknya benda-benda Yang mendatangkan
faedah dan (tentulah) Aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah
(Pesuruh Allah) Yang memberi amaran (bagi orang-orang Yang ingkar) dan membawa
berita gembira bagi orang-orang Yang beriman".
هُوَ
الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا
فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلا خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَتْ
دَعَوَا اللَّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحًا لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ
(١٨٩)
189. Dia lah (Allah) Yang menciptakan kamu semua
dari (hakikat) diri Yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu
pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra Yang satu
kepada Yang lain. ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia Dengan
kandungan Yang ringan, serta teruslah ia Dengan keadaan itu (ke suatu waktu).
kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri
itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (Wahai
Tuhan kami) mengurniakan Kami nikmat Yang baik, tentulah Kami menjadi
orang-orang Yang bersyukur".
فَلَمَّا
آتَاهُمَا صَالِحًا جَعَلا لَهُ شُرَكَاءَ فِيمَا آتَاهُمَا فَتَعَالَى اللَّهُ عَمَّا
يُشْرِكُونَ (١٩٠)
190. kemudian ketika Allah mengurniakan kepada
keduanya nikmat Yang baik (sebagaimana Yang mereka pohonkan), mereka berdua
menjadikan sekutu bagi Allah Dalam urusan wujudnya nikmat Yang dikurniakan
Allah kepada mereka. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan itu.
أَيُشْرِكُونَ
مَا لا يَخْلُقُ شَيْئًا وَهُمْ يُخْلَقُونَ (١٩١)
191. Patutkah mereka sekutukan Allah Dengan
benda-benda Yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu
sendiri diciptakan?
وَلا
يَسْتَطِيعُونَ لَهُمْ نَصْرًا وَلا أَنْفُسَهُمْ يَنْصُرُونَ (١٩٢)
192. dan benda-benda itu tidak dapat menolong
mereka, dan tidak juga dapat menolong dirinya sendiri.
وَإِنْ
تَدْعُوهُمْ إِلَى الْهُدَى لا يَتَّبِعُوكُمْ سَوَاءٌ عَلَيْكُمْ أَدَعَوْتُمُوهُمْ
أَمْ أَنْتُمْ صَامِتُونَ (١٩٣)
193. dan jika kamu (hai kaum musyrik) menyeru
benda-benda itu untuk memperoleh petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat
menurut (menyampaikan hajat) kamu; sama sahaja bagi kamu, sama ada kamu
menyerunya atau mendiamkan diri.
إِنَّ
الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ عِبَادٌ أَمْثَالُكُمْ فَادْعُوهُمْ فَلْيَسْتَجِيبُوا
لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (١٩٤)
194. Sesungguhnya benda-benda Yang kamu seru selain
Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. oleh itu, (cubalah) menyerunya
supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu
orang-orang Yang benar.
أَلَهُمْ
أَرْجُلٌ يَمْشُونَ بِهَا أَمْ لَهُمْ أَيْدٍ يَبْطِشُونَ بِهَا أَمْ لَهُمْ أَعْيُنٌ
يُبْصِرُونَ بِهَا أَمْ لَهُمْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا قُلِ ادْعُوا شُرَكَاءَكُمْ
ثُمَّ كِيدُونِ فَلا تُنْظِرُونِ (١٩٥)
195. Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu
mempunyai kaki Yang mereka dapat berjalan dengannya, atau Adakah mereka
mempunyai tangan Yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya, atau Adakah
mereka mempunyai mata Yang mereka dapat melihat dengannya, atau Adakah mereka
mempunyai telinga Yang mereka dapat mendengar dengannya? Katakanlah (Wahai
Muhammad): "Panggilah benda-benda Yang kamu jadikan sekutu Allah, kemudian
kamu semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh
lagi.
إِنَّ
وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذِي نَزَّلَ الْكِتَابَ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِينَ
(١٩٦)
196. "Sesungguhnya pelindungku ialah Allah
Yang telah menurunkan Kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua Yang menolong dan
memelihara orang-orang Yang berbuat kebaikan"
وَالَّذِينَ
تَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ لا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَكُمْ وَلا أَنْفُسَهُمْ يَنْصُرُونَ
(١٩٧)
197. dan benda-benda Yang kamu sembah selain Allah,
tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.
وَإِنْ
تَدْعُوهُمْ إِلَى الْهُدَى لا يَسْمَعُوا وَتَرَاهُمْ يَنْظُرُونَ إِلَيْكَ وَهُمْ
لا يُبْصِرُونَ (١٩٨)
198. dan jika kamu menyeru benda-benda (yang kamu
sembah) itu untuk mendapat petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat
mendengarnya; dan Engkau nampak benda-benda itu memandangmu padahal mereka
tidak Melihat.
خُذِ
الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ (١٩٩)
199. Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan
suruhlah Dengan perkara Yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan)
orang-orang Yang jahil (yang degil Dengan kejahilannya).
وَإِمَّا
يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
(٢٠٠)
200. dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan
dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui.
إِنَّ
الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا
هُمْ مُبْصِرُونَ (٢٠١)
201. Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa,
apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat
(kepada ajaran Allah) maka Dengan itu mereka nampak (jalan Yang benar).
وَإِخْوَانُهُمْ
يَمُدُّونَهُمْ فِي الْغَيِّ ثُمَّ لا يُقْصِرُونَ (٢٠٢)
202. sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan,
dibantu oleh syaitan-syaitan itu Dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka
tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan Yang sesat lagi menyesatkan itu).
وَإِذَا
لَمْ تَأْتِهِمْ بِآيَةٍ قَالُوا لَوْلا اجْتَبَيْتَهَا قُلْ إِنَّمَا أَتَّبِعُ مَا
يُوحَى إِلَيَّ مِنْ رَبِّي هَذَا بَصَائِرُ مِنْ رَبِّكُمْ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِقَوْمٍ
يُؤْمِنُونَ (٢٠٣)
203. dan apabila Engkau (Wahai Muhammad) tidak
membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana Yang mereka
kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa Engkau tidak
bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?" katakanlah:
"Sesungguhnya Aku hanya menurut apa Yang diwahyukan kepadaKu dari Tuhanku.
Al-Quran ini ialah panduan-panduan - Yang membuka hati - dari Tuhan kamu, dan
petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang Yang beriman".
وَإِذَا
قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (٢٠٤)
204. dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka
dengarlah akan Dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk
mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
وَاذْكُرْ
رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ
وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ (٢٠٥)
205. dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu Dalam
hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut (melanggar
perintahNya), dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan
petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai.
إِنَّ
الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ
يَسْجُدُونَ (٢٠٦)
206. Sesungguhnya mereka (malaikat) Yang ada di
sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan
mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.
0 Comments:
"orangpadi" tidak akan bertanggungjawab keatas pengomenan anda jika ianya akan dijadikan sebagai satu bahan makian, ketawaan,saki hatian atau bahan buktian.